C untuk Cuci Tangan: Tangan Kecil Masa Depan Gemilang! Kempen kebersihan bersasar Lifebuoy di sekolah!
Published byWalaupun amalan mencuci tangan amat mudah untuk dilakukan, namun ia tetap sering diabaikan. Pengabaian ini menyumbang kepada penyebaran penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD), yang meningkat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak Malaysia pada tahun 2023.
Dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak, Lifebuoy telah disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Guardian Malaysia bagi memantapkan amalan penjagaan kebersihan tangan di sekolah-sekolah Malaysia.
Kempen ini adalah sebahagian daripada inisiatif lebih luas yang bertujuan untuk mendidik kanak-kanak mengenai kepentingan mencuci tangan menggunakan sabun menerusi program pendidikan kebersihan bersasar.
Disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan, program “C untuk Cuci Tangan: Tangan Kecil Masa Depan Gemilang” berjaya diadakan di SK AU Keramat yang turut menampilkan demonstrasi Glo-Germ oleh Dr Aen Saari.
Demonstrasi itu menunjukkan bagaimana kuman tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mengajar rutin 7 langkah mencuci tangan yang betul kepada murid sekolah.
Acara itu turut menekankan kepentingan mencuci tangan dengan menggunakan sabun, membawa Lifebuoy selangkah lebih dekat dengan misinya untuk menyemai tabiat mencuci tangan sepanjang hayat dari usia muda.
Program C untuk Cuci Tangan Lifebuoy menyasarkan pihak sekolah kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyemai tabiat sihat sepanjang hayat.
Selama lebih sedekad integrasi pendidikan kebersihan tangan ke dalam rutin harian pelajar telah disokong oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan untuk menerapkan amalan ini sejak usia muda.
Kebersihan tangan adalah penting untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang sihat. Salah satu kebimbangan utama ialah ketidakhadiran pelajar akibat penyakit, yang memberi kesan ketara pada masa depan mereka.
Oleh itu, modul program telah dihasilkan bersama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan perkongsian pengetahuan yang tepat demi mengajar kanak-kanak kepentingan mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun, di samping mengurangkan kejadian ketidakhadiran akibat sakit dan meningkatkan prestasi akademik yang lebih baik.
Walaupun mencuci tangan itu mudah, ramai lagi masih belum mengamalkan tabiat mencuci tangan.
Berdasarkan kajian terkini yang menunjukkan bahawa tabiat boleh dibentuk dalam tempoh 18 hari jika diamalkan secara berterusan, misi berterusan Lifebuoy telah membawa kepada pelaksanaan program pendidikan kebersihan bersasar bagi menyemai tabiat mencuci tangan sepanjang hayat daripada usia muda, sekali gus memupuk masa depan yang lebih sihat menerusi perubahan sikap yang mampan.
Ketua Unilever Malaysia dan Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura, dan Thailand, Lenny Chuah berkata, “Kebersihan tangan adalah alat yang mudah namun paling berkesan untuk mencegah penyakit.
"Kami berbangga kerana mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah mencapai matlamat bersama iaitu mendidik kanak-kanak tentang kepentingan tabiat mencuci tangan yang baik dan melindungi mereka daripada kuman berbahaya supaya mereka tidak terlepas walau sehari pun hari persekolahan dan detik penting dalam kehidupan.
"Program kami direka untuk mewujudkan sebuah komuniti yang prihatin, menyediakan pendidikan kebersihan yang penting bukan sahaja untuk memantapkan lagi tabiat mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak tetapi turut memperkasakan para guru untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan murid, termasuk tingkah laku yang berkaitan dengan kebersihan.
"Kami berharap program ini akan terus mencatatkan kejayaan cemerlang ke arah mencapai matlamat kami untuk menarik penyertaan 1,000,000 murid menjelang 2025 dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan tangan yang baik.”
Guardian turut menyokong inisiatif Lifebuoy dengan menyumbang Guardian Vitamin C Gummies sebagai sebahagian daripada pek penjagaan mereka.
Pengurus Kanan Kategori Penjagaan Diri, Guardian Malaysia, Chan Shu Chien berkata, “Di Guardian, kami percaya dengan kuasa yang dimiliki komuniti dan kepentingan memupuk tabiat kesihatan yang baik daripada usia muda. Sebab itulah kami turut sama menjayakan kempen “Membeli dengan Matlamat” dengan Lifebuoy di kedai-kedai kami bagi menyokong pendidikan kebersihan untuk murid-murid di Malaysia.
"Inisiatif ini selari dengan komitmen kami dalam mempromosikan kesihatan awam menerusi pendidikan dan akses kepada produk kebersihan. Kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini dan berharap untuk melihat impak positif dalam kehidupan murid-murid berkenaan.”
Hampir sedekad lamanya, Unilever, menerusi Lifebuoy telah mempromosikan amalan mencuci tangan menggunakan sabun dalam kalangan rakyat Malaysia, memastikan keluarga terhindar daripada kuman berbahaya.
Ini termasuk mengadakan program pendidikan kebersihan pada peringkat komuniti dan sekolah, serta menderma produk penjagaan kebersihan bagi merapatkan jurang akses kepada kebersihan tangan untuk golongan kurang bernasib baik.
Sejak 2015, Lifebuoy berjaya menarik penyertaan 850,000 murid menerusi program khidmat masyarakat yang dianjurkannya, dengan sasaran sejuta murid menjelang 2025.
Usaha ini bukan sahaja dilaksanakan bagi memastikan kanak-kanak berjaya dalam bidang akademik, tetapi ia turut dilaksanakan bagi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat secara keseluruhannya. - KitaReporters/Kenyataan Media