Masyarakat perlu sedar bahawa halal bukan sekadar pensijilan, tetapi satu tanggungjawab besar yang merangkumi kesihatan, kebersihan, dan maqasid syariah secara menyeluruh.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, potensi perdagangan halal melebihi USD$1 trilion (atau RM4.425 trilion), melibatkan bukan sahaja makanan tetapi juga kosmetik dan pelbagai produk lain

"Malaysia harus terus memperkukuh kedudukannya dalam industri ini, menarik pelaburan, menjana ekonomi umat, serta merapatkan hubungan antarabangsa. 

"Keupayaan halal negara perlu terus menjadi contoh global, bukan sekadar terkenal dengan pensijilan tetapi juga dengan nilai ekonomi dan kemampanan yang tercerna daripadanya," kata Anwar.



Perdana Menteri berkata demikian pada majlis peluncuran Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) pada Ahad, 8 Disember 2024.

Perdana Menteri menjelaskan, antara lain beliau turut berkongsi pemerhatian semasa berkunjung ke beberapa negara, termasuk China, Peru dan Brazil yang menonjolkan minat yang mendalam kepada industri halal Malaysia, selain hal pensijilan.

Ini juga merupakan antara matlamat dan budaya yang cuba terapkan oleh Perdana Menteri semasa mengemudi Jabatan Wilayah sebelum ini kerana aspek halal tidak hanya terhad kepada pensijilan tetapi turut mencakup aspek kebersihan dan kualiti, dan secara tidak langsung mencambah keyakinan kepada semua, termasuk pelancong-pelancong untuk berbelanja di warung-warung lokal, sekali gus menyemarakkan ekonomi tempatan. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
10
0
17
0

Copy Link: