GERAI MAKAN MODEN BERKONSEP KABIN DI LESTARI PERDANA

Published by
KitaReporters

SEBUAH kawasan perniagaan makanan dan minuman moden berkonsepkan kabin bakal dibina di zon Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor dalam masa terdekat.


Di kawasan inilah gerai makanan dan minuman moden berkonsep kabin dengan modal permulaan RM500,000 bakal menjadi tarikan pengunjung di Seksyen 7 Lestari Perdana  ( LP7 ),  Bandar Putra Permai, Seri Kembangan tidak lama lagi.


Kawasan perniagaan ini dijangka menelan kos permulaan RM500,000 dan akan menempatkan sekurang-kurangnya 10 buah kabin dilengkapi dengan peralatan kerusi meja untuk pelbagai jenis perniagaan makanan dan minuman.

Lokasi kawasan berkeluasan 40 meter panjang kali 30 meter lebar itu terletak di bahagian belakang pencawang Tenaga Nasional Berhad ( TNB) di Tapak Pasar Malam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7) di Jalan LP 7/3.

Sebelum ini, kawasan yang bakal dibangunkan nanti sudah beroperasi sebuah gerai makan dan minum, Butterworth Char Kuew Tiaw. 

Bagaimanaun gerai yang berusia lebih kurang 10 tahun itu terpaksa diarah dikosongkan kerana masalah sewa tapak dan pelanggaran syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perlesenan MPSJ.

Serum Niaga, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan kawasan perniagaan berstatus asalnya lot parking sedang dalam proses menyerahkan kertas kerja cadangan pelan pembangunannya kepada MPSJ untuk kelulusan.

Pengurusnya, Zulkifli Saad memberitahu, pihaknya juga sedang dalam kajian penyusunan kedudukan kabin untuk menjadikan kawasan itu lebih menarik dan cantik sesuai dengan suasana tempat makan lebih selesa  dan santai. 

Langkah ini antara usaha menarik orang ramai mengunjunginya.

" Kami juga akan menyediakan kemudahan bekalan elektrik, air, tandas awam dan infrastruktur yang sesuai  bagi kemudahan dan keselesaan peniaga serta orang ramai yang berkunjung," ujarnya.

Jurucakap Jabatan Perlesenan MPSJ dalam maklumannya mahu pihak syarikat yang dipertanggungjawabkan membangun kawasan niaga saperti pusat penjaja atau food court itu menyediakan kertas kerja cadangan projek,plan susun atur gerai, punca bekalan elektrik dan air, penyediaan tandas awam, tangggungjawab masalah sampah dan kebersihan, serta waktu operasi perniagaan.

Lakaran pelukis rupa bentuk gerai kaben yang bakal dibina dalam masa terdekat.


Lakaran kemudahan insfrastruktur yang bakal disediakan dikawasan perniagaan makanan dan minuman berkonsep kaben di Seksyen 7 Lestari Perdana nanti.


Sementara itu, khemah dan bangunan kekal yang ditinggalkan oleh tuan punya gerai Butterworth Char Kuew Tiaw ditapak bakal dibangunkanitu telah dibiarkan tanpa dikemaskan, manakala barangan yang rosak ditinggalkan terbiar dan sampah sarap bertaburan tidak dikemas.

Persatuan Penduduk  Seksyen 7 Lestari Perdana (PP LP7) yang bertanggungjawab mengutip sewa  tapak gerai telah mengeluarkan surat notis pengosongan dan pembersihan kawasan termasuk khemah dan bangunan kekal lebih dua bulan lalu.

Pengerusinya, Hairi Eberahim berkata, tuan punya gerai berkenaan ada meminta penangguhan mengeluarkan barangan termasuk khemah dengan berbagai alasan.

Bagaimanapun, ujarnya hingga hari ini hanya sebahagian barangan dan peralatan yang dipindahkan sedangkan tempoh yang diberikan sudah berakhir.

Beberapa penduduk terutama yang tinggal di kawasan berhampiran khususnya penghuni kediaman Blok A dan B di Jalan LP 7/3 mahu PP LP7 bertegas dalam isu ini kerana kawasan yang tidak dibersihkan dan khemah ditinggalkan antara punca pembiakan nyamuk aedes, selain menjadi tempat melepak anak-anak remaja khususnya pelajar sekolah dari luar kawasan.

Kata mereka, PP LP7 perlu hubungi pihak MPSJ untuk membersih dan merobohkan khemah serta bangunan kekal yang ditinggalkan supaya kawasan tersebut dapat dikemas kini dan dibersihkan segera sebelum suatu perkara yang tidak diingini terjadi.

Beginilah keadaan khemah dan bangunan kekal yang ditinggalkan terbiar oleh peniaga Butterworth Char Kuew Tiaw setelah gerai tersebut diarah dikosongkan kerana masalah bayaran sewa tapak dan melanggar syarat perlesenan MPSJ.

1
0
0
0
0

Copy Link: