SWM Environment Sdn. Bhd., melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Kasih Ceria Deepavali, bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka (KJMM) dan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) Tanjung Bidara, telah menyumbangkan barangan keperluan dapur kepada 200 penerima yang terdiri daripada kaum India di Parlimen Masjid Tanah dalam Program Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Peringkat Parlimen Masjid Tanah 2024, sempena sambutan perayaan Deepavali tahun ini(2024). 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pihaknya sentiasa komited dalam memberikan sumbangan di bawah program kebajikan bagi menyantuni dan membantu mereka yang kurang bernasib baik terutama ketika musim perayaan perayaan utama yang diraikan di Malaysia. 

“Program CSR tahunan seperti SWM Kasih Ceria Deepavali ini diharapkan dapat membawa sinar kegembiraan kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya menjadikan sambutan perayaan tahun ini lebih bermakna. 

“SWM Environment sebagai sebuah syarikat konsesi kutipan sisa dan pembersihan awam di negeri ini berharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dalam membuat persiapan meraikan sambutan perayaan mereka tahun ini,” katanya. 



Penyampaian sumbangan yang berlangsung di Kompleks Japerun Tanjong Bidara, Masjid Tanah telah disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, yang turut dihadiri Datuk Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti. 

“Untuk Deepavali kali ini, kutipan sisa domestik dan pukal berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan, orang ramai boleh menyemak jadual kutipan di kawasan masing-masing di laman sesawang swm-environment.com/public/schedule-collection/. 

"Orang ramai juga diingatkan untuk selalu menguruskan sisa dari rumah dengan berhemah sepanjang sambutan Deepavali ini,” katanya.

SWM Environment juga menggalakkan orang ramai untuk melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca dengan mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula dan menyertai program kitar semula KitaRecycle. 

Dengan menyertai program ini, orang ramai turut dapat mengurangkan jumlah janaan sisa di tapak pelupusan, menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, serta membantu mencapai sasaran negara dalam mewujudkan persekitaran yang lebih mampan. 



Program ini mencerminkan komitmen SWM Environment dalam memastikan kesejahteraan masyarakat serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

SWM Environment berharap melalui program ini, bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan, tetapi juga menggalakkan lebih banyak syarikat korporat dan individu untuk menyumbang kepada kesejahteraan sosial. - KitaReporters/Kenyataan Media

17
4
0
12
0

Copy Link: