Ops JKNT! 40 premis perniagaan diperiksa! 107 produk tamat tarikh luput dirampas! 6 notis dikeluarkan!

Published by
KitaReporters

Penguat kuasa JKNT memeriksa barangan keperluan di sebuah pasar raya di Terengganu.


JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas sebanyak 107 produk tamat tarikh luput dalam satu operasi khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di negeri itu tahun ini (2023). 

Pengarah JKNT Datuk Dr Kasemani Embong berkata sebanyak 40 premis perniagaan membabitkan pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan pemborong bahan mentah telah diperiksa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan JKN Terengganu (JKNT)

Dr Kasemani Embong


Katanya, kesemua produk itu dirampas oleh anggota penguat kuasa Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam operasi tersebut.

Menurutnya, terdapat juga 50 bungkusan produk yang melibatkan tin kemek dan pembungkusan bocor dan rosak turut dirampas dalam operasi tersebut.

“Kesemua nilai sitaan berjumlah RM1,177.31 dan jumlah berat keseluruhan produk dirampas ialah sebanyak 67.8kg,” katanya.


Seorang pegawai penguat kuasa JKNT menunjukkan tarikh luput produk yang dijual kepada seorang pekerja sebuah pasar raya


Dr Kasemani berkata, sebanyak empat notis kesalahan di bawah Peraturan 14 (9)(b) Pengkompaunan Kesalahan 2017 turut dikeluarkan kepada peniaga yang masih ingkar menjual produk yang telah tamat tarikh luput.

Beliau berkata, dua notis kesalahan turut dikeluarkan di bawah Peraturan 35 kerana menjual produk makanan berkaleng (dalam tin) yang telah kemek pembungkusan bocor dan rosak dengan jumlah keseluruhan nilai kompaun ditawarkan berjumlah RM19,500.  

“Operasi ini dijalankan bertujuan untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat untuk dimakan dan mematuhi keperluan perundangan makanan sebagaimana ditetapkan,” ujarnya. 


Penguat kuasa JKNT membuat pemeriksaan terhadap pelbagai produk di sebuah pasar raya di Terengganu


Dalam operasi yang sama, sebanyak 40 premis perniagaan melibatkan pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan pemborong bahan mentah telah diperiksa di mana sebanyak 8,049 item produk telah dipantau termasuk 385 hamper jualan khas sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Operasi ini dijalankan bertujuan bagi memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat untuk dimakan dan mematuhi keperluan perundangan makanan sebagaimana ditetapkan,” katanya. - KitaReporters


Seorang penguatkuasa JKNT membuat pemeriksaan dalam satu operasi Tahun Baharu Cina di sebuah premis di Terengganu 

10
20
1
14
1

Copy Link: