Terima kasih Mr DIY! Murid-murid sekolah keluarga berpendapatan rendah terima bantuan Back to School!
Published bySeramai 570 murid sekolah dan ibu bapa mereka di empat negeri - Terengganu, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - diberi kejutan 'Kembali ke Sekolah' (‘Back to School’) pada Selasa 21 Mac 2023, hasil sumbangan peruncit perkakas rumah rumah terbesar negara, Kumpulan Mr DIY Berhad (Mr DIY).
Peruncit tersebut menggerakkan pasukan sukarelawan Mr DIY Cares dan para sukarelawan dari Soroptimist International Damansara yang merupakan rakan kongsinya, untuk memastikan murid-murid sekolah tersebut mempunyai keperluan sekolah yang lengkap apabila memasuki tahun akademik baru.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kembali ke Sekolah
Wajah-wajah gembira! Murid-murid SK Kijal, Kijal, Terengganu menerima barangan keperluan ‘Back to School’ dari Mr DIY.
Para sukarelawan menyedia dan mengagihkan kit bantuan ‘Back to School' untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Payoh, Kemasik dan Sekolah Kebangsaan Kijal; kedua-duanya di Terengganu.
Peruncit tersebut juga bekerjasama dengan mahasiswa dan mahasiswi dari institusi pengajian tinggi tempatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang membantu mengagihkan kit-kit tersebut kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Lemoi, Cameron Highlands, Pahang.
Murid-murid tersebut menerima beg sekolah, bekas pensil, set pensil, buku catatan, pen, pensil warna, dan fail.
Mengulas tentang inisiatif ‘Back to School' itu, jurucakap Mr DIY berkata "Mr DIY sentiasa menjadi destinasi pilihan bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan barangan keperluan sekolah - mereka tahu bahawa kami menjual barangan yang mereka perlukan pada harga yang sentiasa rendah.
"Kami juga memahami kesukaran yang sedang dialami ibu bapa di Malaysia.
"Kenaikan harga dan inflasi yang semakin meningkat memberi tekanan yang besar pada bajet isi rumah, dan inilah sebabnya kami memulakan program ‘Back to School’ - kami berharap ini dapat membantu meringankan beban keluarga-keluarga berpendapatan rendah, di samping memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pembelajaran."
Murid-murid di SK Payoh, Kemasik, Terengganu menerima barangan keperluan ‘Back to School’ dari Mr DIY.
Peruncit tersebut juga mengedarkan barangan keperluan sekolah kepada kanak-kanak di Rumah Nur Sakinah, Bandar Pinggiran Subang, Selangor, dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Inisiatif ‘Back to School’ adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang dijalankan oleh Mr DIY sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk membantu murid-murid dan keluarga mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran.
Pada tahun 2022, peruncit tersebut memulakan program 'School Meal Pack by Mr DIY', dengan mengedarkan susu, roti, dan air mineral ke beberapa buah sekolah rendah di Selangor.
MR D.I.Y juga mengedarkan kit ujian COVID-19 ke sekolah-sekolah sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Sentiasa Berwaspada Tanggungjawab Bersama', untuk memastikan pelajar kekal selamat dan dapat meneruskan pembelajaran. - KitaReporters/Kenyataan Media
Murid-murid di SK Lemoi, Cameron Highlands, Pahang, salah sebuah sekolah yang menerima sumbangan kit ‘Back to School’ dari Mr DIY dengan usaha sama UiTM.