Duit raya! Penjawat awam, pesara, veteran! Juga guru KAFA, takmir, bilal, imam, siak, noja, marbut!
Published byAlhamdulillah ada duit raya! Terima kasih Kerajaan Madani!
Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bantuan khas raya itu akan disalurkan pada Isnin, 24 Mac 2025.
BKKA itu, katanya, akan juga membabitkan pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
"Mereka pula akan menerima bantuan khas sebanyak RM250," jelas Anwar selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad di Sepang hari ini, Jumaat 21 Mac 2025.
Pada sebelah petang pula, Perdana Menteri mengumumkan keputusan Kerajaan Madani untuk memperluas BKKA kepada petugas dalam bidang agama.
"Bantuan khas raya sebanyak RM250 akan disalurkan kepada lebih 70,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.
"Keputusan ini adalah bagi menghargai sumbangan besar mereka. BKKA itu akan disalurkan pada minggu depan," jelas Anwar ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Kemaman, Terengganu. - KitaReporters/Kenyataan Media.