Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim menegaskan, langkah ini penting supaya sebarang keputusan kelak tidak menimbulkan banyak masalah untuk pesakit hatta menyumbang kepada peningkatan inflasi.

"Sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini (10 Disember 2024), saya maklumkan bahawa BNM dan KKM akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi.

"Justeru, pihak terkait sedang meneliti dan merangka panduan tegas untuk memastikan syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan premium.
"Saya turut maklumkan bahawa kenaikan ini adalah bersandarkan nilai ambang yang lebih rendah di Malaysia serta kos perubatan dan perkhidmatan yang tinggi, seperti dijelaskan oleh syarikat insurans," kata Perdana Menteri.


Terdahulu, Anwar telah menyempurnakan penanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba Parlimen Malaysia. 

Inisiatif ini menandakan pencapaian program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, awal daripada sasaran yang ditetapkan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang menyokong terhadap pemuliharaan alam sekitar, selaras dengan agenda global untuk pembangunan lestari.
"Prakarsa ini adalah sebahagian daripada komitmen negara pada persidangan bumi 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan hutan.
"Agenda nasional ini bermula pada 5 Januari 2021, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) yang turut melibatkan penyertaan kerajaan negeri dan sektor swasta.
"Kerajaan bertekad untuk terus memperkukuh agenda kemampanan di bawah konsep Madani dalam memastikan pembangunan Malaysia yang seimbang dan manusiawi," jelas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media

11
13
0
7
0

Copy Link: