CALON Barisan Nasional (BN) Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menawarkan untuk membangunkan Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah sebagai hab pelancongan di daerah ini.

Kata beliau yang ingin dikenali sebagai Mak Teh dalam kalangan penduduk kawasan itu, terminal feri berkenaan berwajah suram ekoran pelbagai masalah termasuk kesesakan tempat letak kereta dan banjir kilat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dr Mashitah Ibrahim


Selain membaiki infrastruktur di kawasan itu, beliau juga berhasrat untuk mewujudkan sebuah dataran perniagaan di Terminal Feri itu yang menempatkan para peniaga
Terminal Feri Kuala Kedah ini juga suram walaupun pada masa yang sama ia sepatutnya meriah kerana menjadi tumpuan ramai. Masalah di sini adalah tempat letak kereta dan banjir untuk sekian lama.
“Sesuatu yang boleh kita lakukan adalah memulih infrastruktur di terminal ini dan membina sebuah dataran komersial untuk merancakkan ekonomi barulah orang akan memilih terminal feri Kuala Kedah berbanding Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Limpahan ekonomi akan turut dirasai penduduk terutama peniaga di sini. 
Dataran ini akan dinamakan sempena nama Perdana Menteri Pertama yang juga wakil rakyat pertama Kuala Kedah, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, iaitu Dataran Perdana Putra,” kata Ketua Bahagian UMNO Baling itu.

Calon BN Kuala Kedah mahu tingkatkan infrastruktur di Kuala Kedah.
Menurut beliau, kemudahan seperti ini diyakini mampu merancakkan ekonomi masyarakat setempat selain menggalakkan orang ramai untuk menggunakan terminal feri berkenaan untuk ke Langkawi.
“Saya percaya banyak yang suka memilih Kuala Perlis untuk ke Langkawi ketika ini. Kalau Kuala Kedah sudah menarik tentu ramai yang akan tumpu di sini dan limpahan ekonomi akan dikecapi penduduk,” katanya.
Menurut bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini, Kuala Kedah mempunyai keunikan tersendiri dari segi sejarah, demografi penduduk serta sosioekonominya.
“Tetapi sayang sekali, kawasan ini bukan sahaja tidak membangun tetapi mempunyai pelbagai masalah lain termasuk infrastruktur seperti bekalan air
"Sat ada sat tak ada kata mereka. Saya rasa satu langkah penyelesaian yang boleh kita buat adalah membina mini loji rawatan air (LRA) di sini.
“Saya berpandangan Kuala Kedah layak mendapati LRA walaupun kecil kerana penduduk di sini ramai ditambah dengan pembangunan kawasan perumahan di kawasan ini. Sudah tiba masanya Kuala Kedah berubah, macam mana nak membangun dan berkembang andai bekalan air masih jadi masalah?” katanya.

Bersama pengundi Cina di Kuala Kedah.
Sebanyak 132,500 pengundi berdaftar akan mengambil bahagian menentukan wakil rakyat baharu mereka pada 19 November 2022 ini di Parlimen ini.
Dr Mashitah, 58, memenangi kerusi Parlimen Baling pada 2004 dan pernah dilantik sebagai senator pada 2008 serta memegang jawatan timbalan menteri di JPM.
Parlimen Kuala Kedah kini disandang oleh wakil rakyat PKR Dr Azman Ismail sejak 2013 dan kerusi itu dikuasai parti itu sejak 2008. 

Pada PRU15, selain Pakatan Harapan (PH), Dr Mashitah berdepan dengan pertembungan lima penjuru di mana kesemua lawannya adalah calon lelaki. - KitaReporters
Kebajikan wanita jadi keutamaan.

9
11
0
14
0

Copy Link: