PM cabar ketua-ketua GLIC, GLC! Gerakkan inisiatif terkait dengan pembangunan ekonomi Bumiputera!
Published byPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar ketua-ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menggerakkan inisiatif penting ke arah pembangunan ekonomi Bumiputera.
"Mereka perlu memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan-cadangan bernas serta menggerakkan prakarsa terkait dengan pembangunan ekonomi Bumiputera," tegas Perdana Menteri.
Anwar berkata demikian pada mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025 pada 8 Januari 2025.
Mesyuarat MEB itu telah membincangkan kertas-kertas terkait pemerkasaan syarikat Bumiputera dalam perolehan Kerajaan melalui Program MySTI (Sains, Teknologi dan Inovasi) dan hala tuju pelaksanaan Wakaf Mara Madani.
"Saya memberi penegasan dan cabaran kepada ketua-ketua GLIC dan GLC supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan-cadangan bernas serta mengerakkan prakarsa terkait pembangunan ekonomi Bumiputera.
"Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda Bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya," katanya lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media