The Knights Award Musim 3 akan dianjurkan oleh Ahli Majlis The Knights Award bersama Mee Hiris China Muslim. Acara hari ini (13 Jun 2024) diadakan bagi melancarkan sesi pencalonan anugerah untuk musim baharu ini. 

Acara anugerah ini akan menampilkan pelbagai organisasi dan tokoh masyarakat yang disegani. Sepanjang dua musim yang lalu, platform pengiktirafan anugerah antarabangsa ini telah meraikan lebih 100 kisah pencapaian merentasi pelbagai bidang, serta membentuk platform elit perkongsian erat.

Tahun ini (2024), jawatankuasa penganjur berhasrat untuk meningkatkan Anugerah The Knights Award Musim 3 ke tahap yang lebih tinggi. Ia dijangka akan disertai wakil dari 30 buah negara. 

Majlis anugerah akan diadakan di mercu tanda paling ikonik Malaysia, Dewan Filharmonik Petronas di Menara Berkembar Petronas, KLCC. 

Bintang Hollywood Daniel Powter, penyanyi terkenal lagu ‘Bad Day’ yang mengumpul lebih 500 juta pendengar di Spotify, telah bersetuju untuk membuat persembahan sulungnya pada acara gilang gemilang ini.

Majlis pada 13 Jun 2024 ini turut diserikan dengan kehadiran Presiden Kebangsaan Zhong Xiang Associated Chamber Dato Sri Robert Lim, pelakon terkenal Hong Kong Philip Keung, Goh Liu Ying antara pemain badminton terbaik dunia bergu campuran, Datuk Eric Choong, dan ramai lagi. Ia merupakan perhimpunan penting pelbagai pakar dan tokoh industri.



Pada sidang media pada 13 Jun 2024, dua Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan The Knights Award ditandatangani. 

MoU pertama ditandatangani dengan Mee Hiris China Muslim, penganjur bersama Anugerah The Knights Award Musim 3. 

Mee Hiris China Muslim yang ditubuhkan pada 2019, kini mempunyai 30 cawangan di seluruh Malaysia, dengan misi untuk menyediakan masakan Cina Muslim halal terbaik di negara ini. Inisiatif mereka akan diperkasakan lagi melalui penglibatan mereka sebagai penganjur bersama The Knights Award.

Memorandum Persefahaman (MoU) kedua menjalin perkongsian antara The Knights Award dan Commonwealth Youth Innovation Hub. Langkah ini merupakan satu peristiwa penting dalam memupuk kerjasama antarabangsa. 

Melalui perjanjian strategik ini, pelbagai peluang dan akses rangkaian pasaran antarabangsa terbuka untuk pemenang anugerah. 

Kerjasama penting ini bukan sahaja mempertingkat capaian global The Knights Award tetapi juga memupuk platform dinamik untuk pertukaran dan inovasi silang budaya.

Tulang belakang acara ini ialah Ahli Majlis yang terdiri daripada ramai pemimpin terbilang daripada pelbagai industri dan negara. 

Mereka ialah, Tan Sri Ong Tee Keat, Presiden Dewan Perniagaan Jalan Sutera Malaysia-China; Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Presiden Pengasas Universiti Multimedia Malaysia; Dato Ismail Nordin, Pengerusi Koperasi Kewangan dan Perumahan (FICCOP); PPJ Bersekutu (PA) Puan Sri Prof Dr Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Yayasan Kecergasan Sukan Wanita Malaysia; Datuk Dr Kumararajah, Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negara Malaysia; Juan Jose Delgado, bekas Ketua Pegawai Pemasaran Amazon; Dr Jon Low, Pakar Stomatologi; Dr. Kishva Ambigapathy, Esq., Pengerusi Commonwealth Youth Innovation Hub; Dato Jonathan Lim, usahawan terkenal; Esther Hor, Naqiz & Partners, Ahli RHT Law Asia; Bon Zainal, Pengasas Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) dan Kelvin Chan Kin Man, artis TVB Hong Kong yang terkenal.



Pemenang Anugerah The Knights akan diraikan di Majlis Gilang Gemilang kerana sumbangan mereka yang luar biasa kepada industri mereka. Mereka juga bakal terlibat dengan beberapa siri strategi penjenamaan yang bertujuan untuk terus meningkatkan kecemerlangan, inovasi dan kemampanan mereka . 

Misi The Knights Award adalah untuk untuk mewujudkan perhubungan elit antara pemimpin yang menyusur ke arah kejayaan komuniti perniagaan dan pertumbuhan positif ekonomi. 

Misi keduanya ialah untuk memperkasakan perniagaan dan individu dengan kecemerlangan jenama dan kepimpinan pasaran. 

Misi seterusnya mendayakan kerjasama rentas sempadan dan rentas industri untuk pendedahan pasaran maksimum dan kejayaan bersama.

"Bersedialah untuk detik-detik yang mengujakan dalam Anugerah Musim 3 ini," Dr. Zyro Wong, Presiden The Knights Award, berseru. Hanya dalam tempoh setahun, kami telah meraikan lebih 100 kisah kejayaan yang merangkumi pelbagai negara. Apabila jangkauan kami berkembang, begitu juga cita-cita kami."

Dia menyambung, "Musim ini, kami menjangkakan penyertaan daripada sekurang-kurangnya 30 buah negara. 

"Dengan setiap perkongsian baharu yang dijalin, kami membuka jalan kepada pemenang kami untuk mencapai sinergi yang lebih cemerlang. Ini adalah musim yang dipenuhi dengan inovasi, kerjasama dan peluang yang tidak terhad!"

The Knights Award Musim 3 akan diadakan pada Oktober 2024 di Dewan Filharmonik Petronas, Menara Berkembar Petronas, KLCC. 

Standard anugerah itu akan dipertingkat lagi dengan kehadiran lebih ramai pemimpin perniagaan antarabangsa dan nasional, selebriti, pempengaruh dan pemegang taruh.



Sidang media itu mendapat pujian daripada Daniel Powter dari Amerika, pelakon terkemuka Dato Aaron Aziz, Putri Ariani dari Indonesia dan Legenda Pencipta Minyak Wangi terkemuka Dr Yusuf Bhai dari UAE yang menyampaikan ucapan tahniah mereka melalui mesej video. 

Ia berfungsi sebagai platform bagi penganjur untuk mendedahkan selok-belok kategori anugerah, kriteria pemilihan dan proses pencalonan. 

Selain itu, ia memberi tetamu dan ahli media peluang untuk terlibat dalam dialog, bertanya soalan dan menawarkan maklum balas yang berharga mengenai acara tersebut.

Pencalonan The Knights Award musim ke-3, yang dianjur bersama oleh Mee Hiris China Muslim dibuka sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang pencalonan, sila lawati laman www.theknightsaward.com. - KitaReporters/Kenyataan Media

14
8
0
8
0

Copy Link: