Kena tutup ketirisan, hapus segala kebobrokan! Sebelum timbangkan cukai penggunaan baharu! - Anwar
Published by
KitaReporters
--title--
"Pagi ini (19 Oktober 2023) saya telah meluncurkan simposium “The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia” anjuran Social Wellbeing Research Centre, Universiti Malaya.
"Sewaktu ucaptama, saya singgung akan keutamaan dan tanggungjawab kerajaan kita dalam menutup ketirisan dan menghapus segala kebobrokan sebelum menimbangkan cukai penggunaan baharu.
"Saya menekankan yang saya bukan antimaha kaya, namun kita haruslah bersifat adil kepada golongan rentan yang memerlukan.
"Penyelarasan subsidi yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 bukanlah untuk membebankan rakyat, ia adalah untuk memastikan Kerajaan tidak membazirkan wang rakyat dengan menyenangkan lagi golongan yang mampu.
"Intiha, amatlah penting untuk Kerajaan mengambil tanggungjawab dan menjaga tatakelola agar Malaysia menjadi sejahtera dan adil kepada semua." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 19 Oktober 2023)
10
5
0
18
0