Jom ke Zoo Melaka! Manfaatkan #DIY4Zoo! Perkenal konsep pameran haiwan terbuka! Didik kasihi haiwan!
Published byDari kiri: Pegawai Zoo Melaka, Mohd Aizat Faizatul Azrin; Timbalan Pengarah Zoo Melaka, Farizan Abdul Karim; Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Mr DIY, Zaleha Mohd Mydin; dan Pengurus Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Mr DIY, Bukhari Mokhtar semasa penyerahan sumbangan #DIY4ZooMelaka.
SEBAGAI tanda penghargaan dan menceriakan pengunjung Zoo Melaka, kumpulan rangkaian peruncit perkakas rumah terbesar negara Mr DIY mengambil insiatif menambahbaikan kemudahan asas di zoo berkenaan termasuk menyediakan bangku baharu dan mencantikkan semula kawasan penempatan haiwan bagi kemudahan orang ramai yang mahu berlibur bersama keluarga.
Pengarah Zoo Melaka, Zanariah Khamis, berkata, “Mr DIY adalah organisasi korporat besar yang pertama yang membantu menambah baik ruang-ruang pelihara mawas dan tuntung di samping menyediakan papan tanda berinformasi untuk rujukan serta empat set bangku baharu untuk keselesaan pelawat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha-usaha CSR Mr DIY
"Kami berharap usaha ini akan menjadi contoh buat lebih banyak organisasi lain untuk turut membantu kerana kawasan zoo seluas 54 ekar ini adalah yang kedua terbesar di negara ini dan kini sedang menjalani transformasi untuk dijadikan sebagai konsep pameran haiwan secara terbuka.
"Matlamat utama zoo agar dapat meningkatkan pendidikan terbuka mengenai hidupan liar, pembiakan haiwan dan usaha-usaha pemuliharaan," katanya dalam satu kenyataan sempena majlis menerima sumbangan daripada inisiatif #DIY4ZooMelaka pada 14 Disember, 2022.
Zanariah berkata zoo sangat memerlukan transformasi baru untuk memberi memberi ruang yang selamat dan informatif buat semua pengunjung, dari kanak-kanak sehinggalah para pelajar universiti untuk mempelajari tentang alam sekitar.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Mr DIY atas sumbangan yang bermakna ini kerana inisiatif #DIY4Zoo ini sememangnya amat istimewa,” ujarnya.
Seronok meronda Zoo Melaka
Sementara itu jurucakap Kumpulan Mr DIT berkata rangkaian peruncitan itu merupakan sebuah perusahaan tempatan dengan ada cawangan di seluruh negara dan mereka percaya usaha untuk mempromosikan penghargaan yang mendalam terhadap kepelbagaian negara kita ini adalah sangat mustahak.
"Inilah sebabnya kami melancarkan inisiatif #DIY4Zoo pada tahun 2022 dan ia merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk membina perniagaan lestari yang dapat menambah nilai kepada kehidupan rakyat Malaysia.
"Zoo Melaka sudah berusia 59 tahun dan sangat terkenal di tanah air. Juga antara lokasi ikonik sejak sekian lama dan telah menjadi kemestian untuk rakyat tempatan dan para pelancong berkunjung ke sini apabila singgah ke bandar raya bersejarah ini.
"Oleh itu, kita perlu menyokong lokasi-lokasi tumpuan pengunjung atau pelancong seperti ini untuk melindungi warisan negara dan membantu komuniti tempatan agar terus maju. Kami berharap lebih banyak perusahaan korporat lain akan melakukan perkara yang sama,” katanya.
Sukarelawan MR.DIY Cares, pekerja Zoo Melaka, dan kanak-kanak dari Soroptimist International Melaka di hadapan 'Jungle of The Ape
Jurucakap itu menambah, Mr DIY melancarkan inisiatif #DIY4Zoo sebagai salah satu aktiviti keterlibatan komunitinya untuk membantu pelbagai organisasi dan komuniti yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pada awal tahun 2022, peruncit tersebut telah melengkapkan beberapa inisiatif untuk membantu Zoo Negara.
Ia termasuk penajaan haiwan-haiwan angkat, kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan kemudahan-kemudahan di zoo serta telah menyumbangkan perkakas, kelengkapan, pakaian seragam dan pelitup muka edisi khas untuk kakitangan di zoo tersebut.
Difahamkan usaha-usaha Mr DIY dalam kelestarian juga telah mendapat pengiktirafan.
Pada Disember 2021, Mr DIY telah disenaraikan dalam FTSE4Good Index 2021 yang diiktiraf pada peringkat global, membuktikan usaha-usaha peruncit perkakas rumah ini dalam menghasilkan impak positif secara berterusan kepada komuniti di mana saja ia beroperasi.
Baru-baru ini, peruncit tersebut telah dinobatkan sebagai Pendatang Baru Terbaik dalam Kategori Ekuiti pada The Edge ESG Awards 2022 yang julung kali diadakan dan ia merupakan anugerah pertama yang diterima oleh peruncit untuk amalan-amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus. - KitaReporters