Memperkasa Tabung Haji! Akta Tabung Haji disemak! Aset dalam pegangan MoF dikembalikan semula! - PM
Published byKenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 29 September 2023
Hari ini (29 September 2023) saya telah menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Besar TH Tun Razak, Kuala Lumpur. Saya turut diapitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar.
Walaupun memfokuskan fungsi pengurusan ibadah Haji dan ekonomi, Tabung Haji masih tertakluk kepada tatakelola, pengurusan yang cekap, amanah dan penuh integriti.
Ini sebagaimana rekomendasi Snouck Hurgronje dalam tulisannya “Mecca in the Latter Part of the 19th Century” yang menyarankan agar umat Islam dihalang untuk melaksanakan ibadah haji kerana terdapat sebilangan umat Islam yang mendapat manfaat pengajian dan pertemuan di Tanah Suci, kembali ke daerah membangunkan pondok pesantren yang disifatkan oleh Bapak Mohamad Natsir sebagai benteng akidah dan sahsiah umat pada ketika para penjajah menenggelamkan dan menawan para inteligensia tempatan.
Syabas atas kejayaan cemerlang selama enam dekad mengurus kebajikan jemaah haji Malaysia dan membantu dalam menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negara.