Tak benarkan sebarang kenaikan tarif elektrik! Bakal jejaskan kedudukan kos majoriti rakyat! - Anwar
Published by.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak akan membenarkan sebarang kenaikan tarif elektrik yang bakal menjejaskan majoriti rakyat.
"Saya ditanya pemberita berkenaan isu tarif elektrik yang diumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) usai solat Jumaat (pada 27 Disember 2024) di Langkawi. Saya tegaskan Kerajaan tidak membenarkan sebarang perubahan tarif yang menjejaskan majoriti rakyat." kata Anwar.
Menurutnya, beliau sudah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri yang bertanggungjawab, untuk meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi penjelasan.
"Kita tidak benarkan kenaikan elektrik yang menjejaskan orang ramai. Kenaikan seperti mana yang dahulu, hanya melibatkan golongan atasan, yang saya sebut mahakaya, ataupun industri yang mencatat keuntungan.
"Rakyat terbanyak tidak terkesan daripada kenaikan elektrik, walaupun saya faham kos meningkat. Tapi walaupun kos meningkat, tidak boleh menjejaskan kedudukan majoriti rakyat. Jadi, ini dari segi dasar kerajaan.
"Saya faham keperluan naik (kadar tarif elektrik), tapi kenaikan tidak boleh melibatkan kedudukan kos kepada majoriti rakyat. Secara terperincinya, TNB dan TPM akan menjelaskan," tegas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media