Hasil produktif! ADIA minat labur! Sektor kesihatan, lapangan terbang, tenaga boleh diperbaharu! - PM
Published byHubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) diyakini akan mencapai tahap perdagangan dan pelaburan yang baharu serta lebih tinggi khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan, pengendalian lapangan terbang dan projek tenaga boleh diperbaharu (RE).
Ini adalah antara hasil lawatan rasmi terbaharu Perdana Menteri ke negara itu mulai 12 Januari 2025.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, sinergi padu antara Malaysia dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) di UAE menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan berdaya saing.
"ADIA hadir dengan membawa bersama-sama suara rakan syarikat pelaburan global yang lain dalam menerokai pelbagai peluang pelaburan yang terhidang di Malaysia.
"Tidak mustahil, pelaburan jangka panjang dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga, Insya-Allah," tegas beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri memulakan lawatan hari kedua (13 Januari 2025) di UAE dengan pertemuan bersama syarikat-syarikat gergasi negara itu bagi merapatkan lagi hubungan dua hala selain melonjakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan yang terjalin selama ini.
Sewaktu pertemuan dengan ADIA yang diketuai Pengarah Urusan, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan, mereka senada untuk terus meningkatkan kerjasama pelaburan dan kecemerlangan yang dicapai semasa lawatan saya terdahulu.
"Dalam pertemuan dengan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ADIA Mubadala Khaldoon Khalifa Al Mubarak pula, soal pelaburan baharu dan sedia ada turut dibincangkan.
"Isu terkait pelaburan projek-projek tenaga boleh diperbaharu (RE) antara dibincangkan sewaktu pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi.
"Insya-Allah, kita mengharapkan momentum positif pelaburan hasil pertemuan ini akan terus meningkat yang disokong oleh keyakinan dan komitmen pemain industri dan syarikat-syarikat gergasi UAE," tegas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media