Maxis menyerikan suasana Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri melalui pelbagai inisiatif bermakna yang menekankan perpaduan dan keterlibatan komuniti. 

Inisiatifnya merangkumi penganjuran majlis iftar istimewa untuk anak-anak kurang berkemampuan serta pengagihan bubur lambuk di kampus-kampus, mencerminkan komitmen Maxis untuk memberi impak positif kepada masyarakat.



Majlis iftar yang berlangsung di pusat Badan Amal Nur Zaharah (BANZ) di Bentong, Pahang telah menghimpunkan 70 tetamu, termasuk anak-anak yatim dan asnaf, kakitangan BANZ, serta sukarelawan Maxis. 

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Pelbagai aktiviti bermakna telah diadakan bagi menampilkan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. 

Maxis telah memberi sumbangan perabot dan kelengkapan tempat tidur, mengagihkan baucar hadiah, serta menjalankan gotong-royong bagi menceriakan kemudahan dan ruang komuniti di pusat tersebut. 

Acara tersebut telah disempurnakan lagi dengan majlis iftar dan solat tarawih.

"Saya menghargai pihak Maxis kerana menganjurkan acara yang bermakna ini bersama anak-anak dari Badan Amal Nur Zaharah sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. 

"Pada musim perayaan, adalah penting untuk kita menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan. 

"Inisiatif seperti ini amat dekat di hati saya, kerana dapat memberi impak positif dengan mengeratkan hubungan dan menyediakan bantuan asas kepada komuniti setempat. 

"Saya berharap lebih banyak lagi syarikat-syarikat turut serta dalam program seperti ini," kata Young Syefura.


Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, berkata, "Melalui inisiatif kami, kami berhasrat untuk membina hubungan bermakna dan memperkasakan komuniti yang kami berkhidmat. 

"Detik-detik seperti ini mengingatkan kami bahawa sambutan perayaan bukan sekadar tradisi, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kebersamaan.

"Maxis mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang meraikan."



Selain itu, sebagai sebahagian daripada program jangkaun komuniti Ramadan, Hotlink telah mengadakan Jelajah Kampus Bubur Lambuk Hotlink dengan kerjasama penerbit permainan Honor of Kings, membawa keceriaan kepada para pelajar dan komuniti setempat.

Dengan sokongan sukarelawan daripada Maxis dan institusi yang mengambil bahagian, sebanyak 11,000 hidangan bubur lambuk telah diagihkan di universiti dan politeknik di Wilayah Tengah, Selatan, dan Pantai Timur Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media

13
10
0
13
0

Copy Link: