Had pembelian 1 rumah mampu milik 1 warga! Moratorium 10 tahun penjualan! Akan dikuatkuasakan! - PM
Published bySatu peraturan iaitu mengehadkan pembelian 1 rumah mampu milik akan diperkenalkan bagi memastikan orang ramai mampu memilik rumah sendiri.
Jika sebelum ini kita melihat trend membeli rumah pertama dan seterusnya begitu meluas sehingga ada yang memiliki rumah begitu banyak lalu menyewakan kembali rumah tersebut kepada golongan yang memerlukan dengan kadar harga yang lebih tinggi.
Bagi mengatasi perkara ini berulang, kerajaan akan mewujudkan peraturan bagi mengehadkan pembelian satu rumah mampu milik setiap warganegara yang layak akan dikuatkuasakan bagi memastikan bekalan rumah mampu milik mencukupi untuk masyarakat yang memerlukan rumah tersebut.
Dalam laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi pada 11 September 2023, satu pangkalan data akan dibangunkan agar saringan silang maklumat pemilikan dengan agensi berkaitan akan lebih tepat untuk menentukan kelayakan pembeli.
Ini satu perkara yang baik dan perlu dilaksana dengan telus agar tiada lagi kes orang 'kaya' memiliki rumah kos rendah serta sederhana sehingga menidakkan hak orang lain.
Dalam laporan tersebut, tempoh moratorium 10 tahun ke atas penjualan semula rumah akan diperluas kepada semua perumahan awam dan pembangunan pelan tindakan perumahan negara bagi mengenal pasti keperluan sebenar perumahan akan memudah cara penyediaan rumah yang bersesuaian.
Selain itu, peralihan ini adalah untuk menyokong Anjakan Besar Perumahan untuk Rakyat dan dalam hubungan ini, sektor awam dan swasta akan memainkan peranan penting melalui penglibatan secara aktif untuk menyediakan perumahan yang selamat, terjamin dan mampu bayar.
Ketika ini kita boleh melihat masih banyak rumah tidak terjual kerana harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan menyukarkan orang ramai untuk memiliki rumah sendiri terutama mereka yang gaji tidak begitu besar. - KitaReporters