DARI benua Asia Barat sehingga ke Kanada dan singgah ke Hong Kong untuk Malaysia menjemput wira-wira The Knights Award Musim 3 yang kini sudah melangkau ke pentas dunia dalam usaha memberi pengiktirafan kepada pemain-pemain industri berasaskan industri kesihatan, pembuatan minyak wangi sehingga ke seni hiburan.

Pengiktirafan ini sebagai sanjungan kepada legasi yang mereka cipta dan penyumbang ekonomi, sekali gus menjadikan negara ini sebagai destinasi "si jantung hati" di Asia Tenggara yang wajib dikunjungi,

Musim ketiga ini menyaksikan 44 personaliti dan syarikat serta pertubuhan amal dipilih dari 30 negara yang disenaraikan, bermula daripada peniagaan minuman kesihatan termasuk Juss, Bingxue, produk kesihatan Tigrox Tiger Milk King, Restoran Tanah Aina, Private Kitchen, Lesung Saigon, akademik kulinari, Trendy Bakery Confectioney (M) Sdn Bhd, Mee Hiris China Muslim sehingga kepada Bear Boss Buddies, KL Hop On Hop Off, media Chamrun AI, pencetakan dan agensi perhubungan.

Malah dalam bidang fesyen, pengangkutan, restoran, hiburan dan serta pendidikan penerajui dipilih kerana kebolehan mereka yang menyesuaikan perkembangan dunia dengan teknologi di sekeliling, sekali gus menjadikan mereka ikonik kepada generasi baru.


Dr Yusuf Bhai.... mampu hasilkan adunan yang menjadikan minyak wangi itu eksklusif untuk anda saja.


Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong berkata, The Knights Award 2024 Musim Ketiga - Edisi Global itu meliputi tiga kategori anugerah iaitu anugerah Duke, Earl dan Baron.  Acara The Knights Award 2024 Musim Ketiga diadakan di mercu tanda paling ikonik Malaysia, Dewan Filharmonik Petronas di Menara Berkembar Petronas, KLCC pada Isnin, 15 Oktober 2024. 

Katanya, anugerah tersebut mengiktiraf usaha cemerlang dan sumbangan individu yang bukan saja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara ini tetapi juga mencipta nama terkemuka ke seluruh dunia sebagai  bukti dedikasi dan daya tahan mereka bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan dan inovasi yang berkembang maju. 

“Anugerah ini boleh menjadi satu kerjasama strategik yang bertujuan memartabat Malaysia di persada antarabangsa sebagai pusat kecemerlangan dan inovasi,” katanya lagi.


Law Lan


Katanya, penampilan pakar inovasi seperti Felix Denim dari Rusia daripada seorang ejen hartanah kepada pelancongan dengan menjadikan sebuah pesawat Boeing 737 sebagai homestay (rumah inap) di Bali sangat mempesonakan kerana kemahirannya menggabungkan elemen moden dan alam semula jadi .

Malaysia mengiktiraf pakar seni pereka fesyen, Datuk Seri Benard Chandran, Datuk Nicol David, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Cef Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab @ Cef Zam yang mewakili akademi kulinarinya, Rich Talents International College, serta usahawan pendidikan online Eric Ang, pegasas VKids dan VStudy Tech.

Penyanyi yang juga penulis lagu dari Indonesia, Ariani Nisma Putri @ Putri Ariani yang mencipta nama daripada pencarian bakat  Indonesia Get Talent 2014 dan mendapat golden buzzer dari Simon Cowell di America’s Got Talent 2023 turut diberi anugerah itu. Bagaimana penyanyi itu tidak dapat datang.



 

Lara Maigue 


Dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusuf Bhai ialah pakar pembuat minyak wangi yang kini Instagramnya  dilayari oleh lebih 3 juta memaparkan kepakarannya mencampur aroma yang menjadikan pewangi nostalgia dalam tempoh 15 minit saja. 

Dalam satu videonya, seorang wanita itu membawa sehelai baju yang dipakai oleh kesayanganya yang sudah tiada dan tempoh itu, Dr Yusuf menghasilkan pewangi sama yang membuatkan wanita itu sebak. 

Jirannya negara Iran pula menampilkan pelukis tersohor, Fatemeh Shadmanizadeh, 34, yang terkenal dengan gaya lukisan yang "hidup" menggunakan arang dan mengajar lebih 100 pelajar sejak 2013 dan karya terbaiknya pernah dipamerkan pada 2023 di Tabatabai House milik keluarga Kashnan yang berpengaruh di abad ke-19.

UAE juga diwakili Peter Rosalita, 13, penyanyi ikonik kian meningkat naik yang pernah menjadi peserta America's Got Talents Season 16 pada 2021 dan sekali lagi terpilih America's Got Talents All-Star edisi 2023. Suaranya memukau tidak sepadan dengan fizikalnya sangat memikat.



Manakala penyanyi terkenal dari Kanada, Daniel Powter yang lagunya "Bad Day" pernah mendapat 600 juta kali siaran di Spotify dan albumnya terjual 25 juta keping serta menduduki tangga nombor 1 di 40 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Hong Hong, Korea, Jepun, China dan Filipina memberi impak menggamatkan dewan Filharmonik bila dia hadir pertama kali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu secara "live".


Daniel Powter


Philip Keung.


Pelakon legenda Hong Kong, Law Lan, 90, yang mula membabitkan diri dalam dunia lakonan sejak 1939 ketika itu filem masih hitam putih dan terkenal sebagai pelakon filem hantu sehingga menjadi satu jenama yang mengharumkan negara itu dipilih untuk anugerah sepanjang hayat - ikonik wanita dari timur.

Aktor Philip Keung yang terkenal sejak 1986 membintangi lebih 100 filem tempatan dan antarabangsa menjadi pilihan utama untuk The Knights Award 2024 Musim Ketiga - Edisi Global kali ini mewakili generasi baru yang mencipta nama gemilang melalui bakatnya yang serba boleh.

Tidak rugi bila pertama kali penyanyi dari Monglia's Got Talent, Enkh-Erdene Otgonbaatar yang mirip suara Johnny Cash, Willie Nelson dan George Strait yang diundang menerima anugerah dan menyampaikan lagu-lagu koboi Amerika.

Manakala suara penyanyi soparno dari Filipina, Lara Maigue bergema menenuhi dewan itu dengan gamatnya bila dia mengalunkan dalam nada garau dan tinggi 'melangit'.


Dr Zyro dua dari kiri menyampaikan anugerah.


Dalam ucapannya sebelum itu, Dr Zyro berkata, Mee Hiris China Muslim yang menerajui malam anugerah itu juga sumber inspirasi perniagaan yang berkembang dengan cepat. Pembukaan restoran pertama itu di Senawang pada 2019, kini mempunyai 34 cawangan dan dijangka ada 40 cawangan menjelang tahun 2025.

"Ini satu perniagaan yang sangat luar biasa dalam menawarkan menu masakan Cina Muslim halal terbaik di negara ini. Mee Hiris Soup with Braised Beef setakat ini sudah dijual lebih 1 juta mangkuk dan inisiatif mereka akan diperkasakan lagi melalui penglibatan mereka sebagai penganjur bersama The Knights Award. - KitaReporters


The Knights Award Season 3 (2024):


The Baron (Black Horse)

  1. Syed Farouq - The Emerging Leader In Green Gastronomy
  2. Fatemeh Shadmanizadeh - The Breakthrough Charcoal Painter Of The Year (Iran)
  3. Peter Rosalita - The Emerging Teen Icon Of The Year (UAE)
  4. The Joi - The Emerging Digital Media Platform Of The Year (Thailand)
  5. Xiins Aesthetic - The Rising Aesthetic Excellence of the Year
  6. Lesung Saigon - The Rising Authentic Malaysian Cuisine (Vietnam)
  7. Ninja Private Kitchen - The Best Tourism Spot Of The Year
  8. Rich Talents International College - The Ascending Culinary Academy Of The Year
  9. Ichi Yama Taka Kabushiki Gaisha - The Leading Public Relations Agency Of The Year (Japan)


The Earl (Black Horse)

  1. Lara Maigue - The Most Iconic Classical Singer Of All Times (Philippines)
  2. Putri Ariani - The Iconic Young Musician Of The Year (Indonesia)
  3. Albert Nicomedes - The Legend Of Hair Craft Of All Time
  4. Goh Liu Ying - The Inspiring Sportswoman Of All Time
  5. Kien Lim - Distinguished Artiste & PR Marketing Specialist of the Year
  6. Philip Keung - The Outstanding Multifaceted Actor Of The Year (Hong Kong)
  7. Eric Ang - The Leading Online Education Entrepreneur of The Year
  8. Master Suyen Lim - The Leading Oriental Metaphysician of the Year
  9. Professor Dr Tan Yen Wooi - The Distinguished Corporate and Finance Solution Provider of The Year
  10. Dato Vincent Nee - The Real Estate Trendsetter Of The Year
  11. Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin - Icon of Courage and Dedication In Public Security Enforcement of The Year
  12. Enkh-Erdene Otgonbaatar - The Outstanding Country Singer of The Year (Mongolia)
  13. Nicol David Organisation (NDO) - The Leading NGO Of The Year
  14. Marq Academy - The Leading Creative & AI Academy Of The Year
  15. TY & TWC Roller Shutter Sdn Bhd - The Excellence Commercial Security Of The Year
  16. Juss - The Outstanding Creative Agency Of The Year
  17. Cubebee Design Sdn Bhd - The Leading Commercial Interior Designer
  18. Naqiz & Partners - The Leading Legal Firm Of The Year
  19. Mee Hiris China Muslim - The Fastest Growing Halal Chinese Muslim Cuisine of The Year
  20. Bear Boss Buddies - The Outstanding Character Licensing Firm Of The Year
  21. Chamrun AI Australia - The Leading AI Solutions Provider Of The Year
  22. Bingxue - The Favourite Brand Of The Year (Ice Cream & Tea Drinks)
  23. Trendy Bakery & Confectionery (M) Sdn Bhd - The Best Neighbourhood Confectionery Of The Year
  24. KL Hop On Hop Off - The Best Tourist Experiential Ride of The Year
  25. LJack(M) Sdn Bhd - The Leading Provider Of Natural Botanical Extracts of The Year


The Duke (Gold Horse)

  1. Daniel Powter - International Timeless Singer of the Year (Canada)
  2. Dr. Yusuf Bhai - The Legendary Perfumer Of All Time (UAE)
  3. Dato' Seri Bernard Chandran - The Most Celebrated Fashion Icon Of The Year
  4. Felix Demin - The Most Inspiring Entrepreneur Of The Year
  5. Law Lan - Lifetime Achievement Award - The Iconic Woman Of The East (Hong Kong)
  6. Astro - The Top Media Network Of All Time
  7. Hainan Longpan Oilfield Technology - Outstanding Offshore Oilfield Technology (China)
  8. Welcome2Print Sdn Bhd - The Top ESG Printing House Of The Year
  9. KL Tower - The Iconic Telecommunication Landmark Of The Year
  10. Tigrox Tiger Milk King - The Top Functional Food For Lung Wellness Of The Year


16
12
0
13
0

Copy Link: