Oleh ROSLI YAHYA


Malaysia Auto Fest 2024 berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kota terutama dalam kalangan peminat automotif.

Himpunan terbesar buat kali ketiga itu berlangsung selama dua hari berturut-turut mulai 30 November hingga 1 Disember 2024 lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur disini.

Menurut pengarah program, Dev Jbc berkata, tujuan acara itu dianjurkan adalah untuk mempromosikan industri automotif serta potensinya kepada masyarakat.

Selain itu acara yang dianjurkan oleh Persatuan Autoshow Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Malaysia ini turut diharapkan dapat melonjakkan lagi industri automotif yang mulai berkembang maju hari ini.



“Malaysia Auto Fest 2024 berjaya menarik penyertaan lebih daripada 300 peserta pameran yang terdiri daripada para penggiat industri automotif merangkumi pelbagai sektor.

“Bagi memeriahkan acara sepanjang dua hari berturut-turut ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk disaksikan dan hiburan pengunjung yang hadir,” katanya.

"Antara jenis kereta yang dipamerkan nanti seperti Mustang, GTR, Mazda, Toyota, Camaro Tesla, BMW, Nissan, Honda Alphard, Mini Cooper, Mitsubishi, Lamborghini, Hiace Dan Audi," katanya lagi.

Perhimpunan ini turut menarik penyertaan delegasi antarabangsa dari negara seperti Thailand dan Singapura.

Dalam pada itu, semua peserta pertandingan menerima hadiah kemenangan masing-masing pada majlis ringkas yang berlangsung pada petang 1 Disember 2024 di tapak acara pameran.



Sekalung tahniah kepada pihak penganjur yang memastikan penganjuran program Malaysia Auto Fest 2024 ini berjalan dengan jayanya sepanjang dua hari ia berlangsung. 

Seterusnya tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah lumayan. 

Pastinya program ini bukan sahaja mengukir kenangan manis, malah mencipta kenangan indah untuk dikenang pada masa akan datang. - KitaReporters


7
15
0
12
0

Copy Link: