Terima kasih Top! 200 kanak-kanak dari komuniti PPR gembira dilengkapi keperluan kembali ke sekolah!
Published byMAJORITI keluarga Malaysia, dan anak-anak yang bersekolah sudah pastinya tidak sabar untuk menantikan permulaan penggal persekolahan baharu sebagai peluang untuk membina ilmu dan mencari kawan baru.
Walau bagaimanapun, situasi ini berbeza bagi keluarga miskin bandar yang bimbang akan bebanan kos untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
Namun pengorbanan ke atas perbelanjaan rumah yang lain harus dibuat kerana menyedari bahawa pendidikan adalah penting demi masa depan anak-anak dan ia juga merupakan kunci untuk membasmi kitaran kemiskinan.
Selain itu, tekanan inflasi global semasa telah meningkatkan bebanan sara hidup dan dilema mereka untuk mengharungi kehidupan di celah-celah kota metropolitan. Selain itu, tekanan inflasi global semasa telah meningkatkan bebanan sara hidup dan dilema mereka untuk mengharungi kehidupan di celah-celah kota metropolitan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kempen Kembali Ke Sekolah
Memahami kesusahan yang dialami golongan rentan ini , Top, Jenama Detergen No 1 di Malaysia melalui kempen penjanaan dana amal Cerahi Kehidupan Bersama Top telah berbesar hati memberi sumbangan kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga-keluarga miskin bandar yang menetap di komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan keperluan kembali ke sekolah.
Kempen itu turut disokong dan kerjasama daripada Mydin dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta rakyat Malaysia yang pemurah.
Sebahagian daripada jualan produk pencuci Top terpilih yang dibeli dari kedai Mydin seluruh negara dari 15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023 lalu disalurkan bagi membantu keluarga miskin bandar dengan menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.
Manakala JKM pula membantu mengenal pasti kumpulan sasar dengan menyenarai pendek senarai penerima mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, melawat keluarga terpilih serta membantu untuk membuat ukuran saiz bagi pakaian seragam dan kasut. Keutamaan diberikan kepada keluarga dengan anak-anak yang memasuki Tahun Satu pada tahun persekolahan 2023/2024, namun begitu beberapa murid Tahun Dua dan Tahun Tiga daripada keluarga yang memerlukan turut disenaraikan.
Keperluan kembali ke sekolah adalah termasuk pakaian sekolah, kasut sekolah, stokin, set alat tulis, bekas pensel, beg sekolah, tag beg peribadi dan pensel warna untuk setiap kanak-kanak.
Selain itu, setiap keluarga juga akan menerima pek 2.1kg detergen serbuk Top Super Color dan dispenser detergen yang boleh diguna semula.
Top akan menghantar pek kembali ke sekolah ke pejabat JKM untuk diedarkan kepada keluarga miskin dan berkeperluan yang telah dikenal pasti dari komuniti PPR sebelum 15 Mac 2023, menjelang penggal persekolahan baharu.
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top yang bermula pada 2015 telah memanfaatkan 3,406 kanak-kanak daripada 104 komuniti di seluruh negara dengan sumbangan keperluan kembali ke sekolah, dan produk detergen Top kepada keluarga miskin dan berkeperluan.
Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, berterima kasih kepada Mydin, JKM dan para pelanggan Top bagi memastikan masa depan yang lebih cerah untuk kanak-kanak daripada komuniti PPR.
“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangkakan kutipan dana yang lebih rendah. Namun demikian, pelanggan Top yang membeli-belah di Mydin telah memberikan sokongan mereka terhadap kempen ini kerana seperti kami, mereka turut merasakan kepentingan pendidikan dan kesejahteraan komuniti PPR.
"Kami sangat gembira dengan keprihatinan pelanggan TOP. Tahniah kepada pihak JKM atas kerjasama mereka yang efisien dan mesra dengan komuniti PPR, dan atas sokongan logistik untuk mengagihkan barangan keperluan ini kepada keluarga yang terlibat.
"Terima kasih kepada semua atas kerjasama dalam kempen ini. Seramai 200 pelajar Tahun Satu daripada komuniti PPR berpeluang untuk menikmati masa depan yang lebih cerah, terima kasih kepada anda,” ujar Carmen.
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top pada kali ini telah memberi manfaat kepada komuniti di PPR Seri Pahang dan PPR Seri Pantai di Lembah Pantai, serta PPR Desa Rejang di Setiawangsa, Kuala Lumpur; PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang Selangor; PPR Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor; serta PPR Desa Wawasan dan PPR Ampang Jajar Pulau Pinang.
Mengulas kerjasama itu, JKM menghargai serta menggalakkan usaha murni Top menganjurkan kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top memandangkan masyarakat miskin bandar yang berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barangan keperluan akibat tekanan inflasi global.
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top, yang dianjurkan buat lapan tahun berturut-turut, bertujuan untuk memotivasikan pelajar daripada komuniti terpinggir dan isi rumah B40 agar mencapai kejayaan menerusi peningkatan keyakinan diri. Kempen ini juga mendidik mereka tentang kepentingan menjaga pakaian agar ia sentiasa bersih dan dicuci rapi.
“Terima kasih pihak Top dan JKM atas sumbangan yang tepat pada masanya. Ia telah meringankan beban keluarga kami, dan memberikan anak saya keyakinan untuk pergi ke sekolah pada tahap yang sama seperti rakan sekelas yang lain,” kongsi salah seorang penduduk PPR.
“Saya mahu pergi ke sekolah untuk menjadi lebih bijak, dan untuk mendapat lebih ramai kawan. Terima kasih atas pakaian seragam dan kasut,” kata salah seorang lagi penerima yang gembira. - KitaReporters/Kenyataan Media