.



Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE atau Malaysia-UAE Comprehensive Economic Partnership Agreement (MY-UAE CEPA).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council atau GCC).

Majlis permeteraian tersebut telah disaksikan oleh beliau dan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW).

Perdana Menteri berkata, perjanjian ini dijangka menjadi pemangkin kepada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh bukan sahaja antara Malaysia dan UAE, malah merangkumi juga dengan negara-negara Teluk yang lain. 

"MY-UAE CEPA akan membuka peluang kerjasama ekonomi yang lebih mendalam, termasuk penghapusan/pengurangan tarif dan peningkatan akses pasaran, yang bakal memacu eksport dan mewujudkan peluang pelaburan baharu bagi sektor-sektor utama," tambah Anwar.



Terdahulu, Sebelum pembukaan Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW), Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Beliau berkata, pertemuan itu memberi peluang kepada beliau untuk menyatakan tekad Malaysia untuk dipacu dengan pelaburan daripada syarikat-syarikat gergasi negara Teluk itu bagi memajukan sektor tenaga boleh diperbaharu (RE) selain sinergi sektor perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi. - KitaReporters/Kenyataan Media


5
10
0
14
0

Copy Link: