Pelan Liberalisasi Visa akan terus dilaksanakan! Bagi jayakan Tahun Melawat Malaysia 2026! - PM
Published by
KitaReporters
--title--
"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara yang diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) seraya diapit oleh menteri yang terkait antaranya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pengangkutan, Menteri Ekonomi, Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kesihatan.
"Kerajaan juga akan terus melaksanakan Pelan Liberalisasi Visa melibatkan peranan semua kementerian dalam menjayakan VM 2026 yang akan datang.
"Hasil keputusan mesyuarat ini akan dipantau melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi.
"Diharapkan sektor pelancongan negara akan terus cemerlang pada masa akan datang, Insya-Allah." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 22 November 2023)
10
12
0
15
0