Kongsi niaga yang berpotensi meningkatkan pendapatan Komaju dan rakan strategiknya.


ANDA sedang meneroka pelaburan kewangan yang lebih bijak, terancang dan dijamin selamat, kini Koperasi Usaha Maju Kuala Lumpur Berhad (Komaju) menawarkan peluang memiliki kepingan Durian Gold (Emas Durian) selepas koperasi itu berkongsi niaga dengan Musang Valley Plantation (MVP) apabila membuat suntikan dana sebanyak RM23 juta.

Durian Gold ini berkonsepkan pembelian secara persetujuan bersama-sama melabur dalam ladang pintar MVP yang kini seluas 5,000 ekar (2,023 hektar)  di Lojing, Kelantan yang ditanam dengan lebih 50,000 pokok Musang King dan produk buah-buahan yang berjumlah 20 juta kilogram. Ladang buah ini dijangka menghasilkan pendapatan lebih 600 juta kilogram setahun.



Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Seri Dr Fattah Abdullah, berkata sebelum ini Komaju sudah menjalin kerjasama dalam pemasaran hasil ladang Musang King dan kini ditawarkan untuk memasarkan produk pelaburan khususnya untuk ahli-ahli dalam bentuk kepingan Durian Gold. 

"Komaju menyediakan 16 pusat penjualan kepingan emas berkenaan dan produk itu disediakan sebagai pilihan kepada orang ramai yang ingin meneroka peluang mendapat pulangan tinggi daripada perniagaan yang dijalankan," katanya ketika menyaksikan tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Komaju dengan MVP dan Komaju dengan Globe Cube Trading Sdn Bhd di Shah Alam pada 19 Mei 2024.

Komaju diwakili Pengerusinya, Mohd Nasir Ramli manakala Calvin Ngai mewakili Musang Valley Sdn Bhd dan Pengarah Gold Cube Group diwakili Jack Ang.




Dr Fattah berkata kolaborasi Komaju dengan rakan strategiknya akan menjadi perintis dan membuka peluang kepada koperasi di seluruh negara untuk menjadikan tanah kosong atau tanah yang tidak memberi pulangan tinggi kepada ahl-hali ditawarkan sebagai projek ladang buah-buahan seperti Musang King. 

Beliau yakin gerakan koperasi negara boleh terus berkembang lagi maju dalam meneroka pelbagai bidang perniagaan sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa. Produk-produk yang dihasilkan oleh koperasi di Malaysia juga sentiasa meningkat kualitinya dan dapat menarik minat masyarakat untuk memperolehinya. 

Pasaran produk koperasi juga telah menjangkau ke peringkat global hasil inovasi yang ditampilkan oleh sektor koperasi. 




Pengasas bersama yang juga Pengarah MVP, Nelson Neo pula berkata Musang Valley Plantation (MVP) adalah syarikat perladangan durian pintar terbesar di Malaysia yang mengaplikasikan sepenuhnya sistem teknologi canggih Internat Pelbagai benda atau IoT termasuk penggunaan dron dan pemasangan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) pada jajaran pokok durian yang ditanam juga mengikuti prosedur yang mampu menjimatkan tenaga pekerja serta pengurusan dan penyelengaraan.

"Kami menggunakan dron khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Covid melanda untuk membaja dan menyeliakan setiap pokok. Manakala jarak pokok yang ditanam juga tersusun untuk memudahkan pembajaan supaya tidak membazir. 

"Kita turut mengupah anak-anak Orang Asli di Lojing sebagai timbal balas penggambilan tanah balak.

"Kawasan Lojing di Kelantan sangat sesuai untuk tanaman durian sebab subur, cahaya matahari yang cukup dan isi Musang King dari kawasan ini paling enak berbanding durian daripada negara lain. 

"Ini diakui oleh peminat durian yang pernah disajikan durian daripada negara lain. Tetapi mereka hanya mampu makan seulas saja berbanding Musang King." katanya. - KitaReporters



Dr Fattah bersama tetamu bergambar dengan "buah" durian Musang King.

12
12
0
11
0

Copy Link: