TERUKNYA PENGURUSAN KEWANGAN RAKYAT MALAYSIA!!!
Published byRAMAI yang berpendapat bahawa mereka menguruskan kewangan mereka dengan baik. Walau bagaimanapun, Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 (RMFLS 2019) dengan kerjasama Visa menunjukkan keputusan sebaliknya.
Liew Ooi Hann, CEO of RinggitPlus, membentangkan pertemuan-pertemuan utama pada Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 (RMFLS 2019) kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kajian mendapati 70 peratus rakyat Malaysia mengakui bahawa mereka mampu mengawal kewangan mereka, tetapi lebih membimbangkan apabila 53 peratus responden pula mengakui mereka tidak boleh bertahan lebih daripada 3 bulan dengan wang simpanan yang ada.
Kajian ini turut mendedahkan bahawa 43 peratus rakyat Malaysia membelanjakan semua pendapatan mereka atau lebih. Statistik ini meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu.
“Kajian tahunan kami memainkan peranan penting dalam memberikan pandangan bagi melaksanakan misi kami untuk negara–memberikan lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia.
"Dengan hasil kajian ini, kami ingin menumpukan lebih banyak usaha ke arah meningkatkan tahap literasi kewangan negara. "Sokongan padu oleh Visa tahun ini membolehkan kami mendekati jumlah responden yang lebih ramai, menjadikan hasil kajian kami lebih tepat dalam mewakili populasi rakyat Malaysia,” kata Liew Ooi Hann, Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Telah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tindakan sewajarnya dan kami berharap hasil kajian tahun ini memberikan kesedaran kepada semua.
"Kurangnya kesedaran terhadap pengurusan kewangan peribadi merupakan cabaran untuk semua. Lebih membimbangkan adalah apabila masyarakat tidak mahu mengakui kebenaran tentang realiti kewangan masing-masing.
"Kami juga mendapati sesetengah rakyat Malaysia tidak mengambil langkah-langkah sewajarnya walaupun mereka mengetahui kepentingan pengurusan kewangan.
"Sebagai contoh, 34 peratus responden yang percaya simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka tidak mencukupi untuk persaraan, juga tidak mempunyai pelan persaraan untuk melindungi mereka,” tambah Hann.
“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan RinggitPlus dalam menjalankan kajian ini sebagai usaha kami untuk meningkatkan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia.
"Di Visa, usaha menambah baik kehidupan dan ekonomi di seluruh dunia adalah teras kami,” kata Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa bagi Malaysia.
“Menerusi kajian literasi kewangan yang disertai oleh 8,000 rakyat Malaysia, kami mengenal pasti jurang yang perlu ditangani dan hal ini amat penting.
"Ini seiring dengan usaha kami untuk memperkenalkan program-program yang menitikberatkan pendidikan kewangan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kewangan rakyat Malaysia,” tambah Kong Boon.
RMFLS 2019 menerima lebih 8,000 maklum balas daripada orang ramai di seluruh negara, di mana pensampelan berstrata telah dibuat untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi Malaysia.
Hasil kajian utama:
● 31 peratus rakyat Malaysia mengakui tidak mampu mengawal kewangan mereka, dan 43 peratus membelanjakan semua pendapatan mereka atau lebih.
● 37 peratus responden yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 tidak mampu menabung.
● 53 peratus hanya boleh hidup kurang daripada 3 bulan dengan wang simpanan yang sedia ada, dan 20 peratus responden hanya boleh hidup kurang daripada sebulan dengan wang simpanan mereka.
● 89 peratus responden menyatakan simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan, walau bagaimanapun, 34 peratus daripada mereka juga tidak mempunyai pelan persaraan.
● Hanya 32 peratus responden mengetahui apa yang dimaksudkan dengan skor kredit dan kepentingan untuk membuat semakan secara kerap.
Sehubungan itu, pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 menekankan kepentingan menangani isu celik kewangan di negara ini.
RMFLS yang merupakan inisiatif RinggitPlus untuk menyumbang ke arah Misi: Bersama-sama Ke arah Malaysia yang lebih baik ini dilakukan setiap tahun.
Sesungguhnya, RinggitPlusjuga percaya bahawa Malaysia boleh menjadi lebih baik apabila rakyatnya memahami kepentingan pengurusan kewangan.
Layari bit.ly/RMFLS2019 untuk memuat turun laporan penuh Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 (RMFLS 2019).