Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar jumlah kampung dan sekolah di bawah program Kampung dan Sekolah Angkat Madani diperbanyak lagi.

"Saya menyeru pimpinan korporat dan GLC untuk turut berganding bahu dalam inisiatif yang dianjurkan oleh Kerajaan ini, terutama menambah jumlah kampung melalui program Kampung Angkat Madani dan sekolah angkat di kawasan pedalaman. 

"Pastinya inisiatif ini serba sedikit dapat menyediakan prasarana desa yang kondusif, serta ekosistem pendidikan yang lebih selesa," tegas beliau.



Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri majlis berbuka puasa bersama syarikat korporat dan GLC di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada 12 Mac 2025.

"Saya telah menitipkan hasrat dan iltizam kepada pimpinan korporat untuk terus memperkukuh kebersaingan GLC.

"Di samping turut memainkan peranan selaku ejen perubahan masyarakat melalui pembangunan ekonomi yang seimbang dan manusiawi," jelas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media


9
10
0
11
0

Copy Link: