Mana pengumpul setem? Mana peminat Pokemon? Pos Malaysia umum lancar set Setem Khas Pokemon TCG!

Published by
KitaReporters


Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran set setem khas yang meraikan francais Pokemon yang digemari ramai. 

Kempen pratempahan telah bermula pada 21 Februari 2025 lalu dan akan tersedia sementara stok masih ada. 

Peminat boleh membuat pratempahan set setem khas mereka melalui mana-mana saluran berikut:

• Secara Langsung: 90 Biro Filateli Pos Malaysia di seluruh negara, termasuk 13 Pejabat Pos Besar; ATAU 

• Dalam Talian: Melalui kedai dalam talian rasmi Pos Malaysia di https://shop.pos.com.my. 

Koleksi setem Pokemen Trading Card Game (Mainan Kad Pertukaran atau TCG) yang dinanti-nantikan ini menampilkan reka bentuk yang diilhamkan oleh Pokemen TCG yang diiktiraf di seluruh dunia, mempamerkan Pokemen yang digemari seperti Pikachu, Charizard, Blastoise, Venusaur, dan lain-lain kegemaran peminat. 

Berharga RM99 setiap satu, set khas ini termasuk sepuluh setem, empat poskad, sampul surat cenderahati, pek keseronokan Pokemen TCG dan playmat – semuanya dibungkus dengan cantik dalam folder peringatan. 



Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia berkata: "Pelancaran ini menandakan satu kejayaan bagi Pos Malaysia kerana kami memulakan kerjasama bersejarah di Asia Tenggara dengan salah satu jenama budaya pop paling ikonik di dunia. 

"Sebagaimana Pokemen menyatukan orang di seluruh dunia, kami juga bersemangat untuk menyampaikan hubungan yang bermakna. 

"Kami teruja untuk merealisasikan koleksi setem khas ini sebagai sebahagian daripada misi tersebut." 

Beliau menambah: "Set setem ini menawarkan pengalaman koleksi yang menyeronokkan, menggabungkan kemahiran filateli Pos Malaysia dengan fenomena global yang telah memenangi hati berjuta-juta orang merentasi generasi. 

"Ia adalah cara yang hebat untuk kedua-dua peminat setem dan peminat Pokemen di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara untuk meraikan cinta mereka terhadap francais yang abadi ini sambil mengekalkan kegembiraan mengumpul setem." 



Pos Malaysia menawarkan penghantaran percuma untuk pelanggan yang memesan set setem. 

Bagi mereka yang lebih suka mengambil pesanan mereka secara peribadi, pratempahan boleh dibuat di mana-mana 90 Biro Filateli. 

Penghantaran dan pengambilan sendiri dijangka bermula pada 27 Mac 2025. 

Tandakan kalendar anda dan jangan lepaskan peluang untuk memiliki sebahagian daripada fenomena global ini. - KitaReporters/Kenyataan Media

12
13
0
11
0

Copy Link: