Mujahid Yusof (dua, kanan) menyerahkan cenderahati kepada seorang anak yatim pada majlis Iftar Ramadan di Mydin Parit Buntar, Perak.


Pasar raya Mydin Parit Buntar, Perak tidak melupakan golongan anak-anak yatim untuk berkongsi rezeki dan kegembiraan dalam bulan Ramadan ini. Mereka telah diraikan dengan diberi peluang memilih baju raya kegemaran dan juga menikmati juadah.

Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin berkata, pihaknya  bukan sahaja berkongsi rezeki dan kegembiraan, di samping menerap nilai-nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

“Kehadiran anak-anak yatim dari sekitar Parit Buntar kerana Mydin percaya setiap insan berhak merasai kemeriahan dan kegembiraan menyambut Ramadan dan Syawal.

“Anak-anak ini diberi peluang untuk memilih baju raya kegemeran mereka. Semoga ia menjadi simbol kemeriahan kegembiraan dalam meraikan Shawal yang akan menjelma nanti,” katanya pada Majlis Iftar Ramadan Perdana dan Sumbangan Aidilfitri di Mydin Parit Buntar pada 13 Mac 2025.

Majlis itu disempurnakan oleh Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Buntar.


Sebahagian anak yatim bergambar dengan Dr Mujahid (belakang) pada Majlid Iftar Ramadan di Mydin Parit Buntar, Perak. 

Azmin berkata, Mydin akan menganjurkan Bazar Ramadan Indoor Mydin di cawangan-cawangan pasar raya besarnya.

Menurutnya, bazar ini menawarkan pelbagai jenis juadah berbuka yang  cukup enak dan menyelerakan. Mydin juga menawarkan set berbuka puasa dengan harga Rahmah hanya RM4.90 sahaja untuk menu yang berlainan setiap hari bagi memastikan semua golongan dapat menikmatinya.

“Sudah menjadi tradisi kami bersama rakan niaga mengedarkan bubur lambuk percuma  kepada pelanggan kami. Mydin menyasarkan sebanyak 45,000 pek bubur lambuk akan diedarkan di cawangan-cawangan  di seluruh Malaysia.

“Mydin Pari Buntar akan membuat penagihan Bubur Lambuk pada19 Mac ini,” katanya. - KitaReporters

11
15
0
9
0

Copy Link: