Video| Terbaiklah KPDN Terengganu! Lagi kejayaan Ops Tiris! Kapal tunda, lori tangki diesel dirampas!
Published bySEBUAH kapal tunda dan lori tangki dengan muatan minyak diesel bernilai lebih RM800,000 dirampas.
SEBUAH kapal tunda dan lori tangki masing-masing dengan
muatan minyak diesel 40,000 liter dan 10,000 liter berjaya dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Terengganu dalam satu serbuan yang
dijalankan di sebuah jeti berdekatan Sungai Kuang, Chukai, Kemaman.
Serbuan Ops Tiris yang dijalankan oleh tujuh orang pegawai dan anggota penguatm kuasa KPDN Terengganu bersama tujuh orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada kira-kira jam 2.00 pagi itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan selama sebulan sebelum serbuan dijalankan.
Hasil maklumat awal yang diperolehi, modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli minyak diesel bersubsidi di tengah laut menggunakan kapal tunda. Minyak tersebut kemudiannya akan dipindahkan ke lori tangki untuk dijual semula kepada pembeli di pasaran gelap.
Saharudin Mohd Kia (dua dari kiri)
Pengarah KPDNK Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati kapal dan lori tersebut tidak memiliki sebarang permit atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk berurusan dengan barang kawalan iaitu minyak diesel bersubsidi.
Katanya, dianggarkan ketika serbuan dijalankan terdapat lebih kurang 10,000 liter minyak diesel telah dipindahkan dari kapal tunda ke lori tangki menggunakan paip saluran getah.
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM863,500.
“Empat orang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 ke 40-an dan seorang warganegara Indonesia telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada 9 Julai 2024.
Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Katanya, KPDN ingin memberi amaran keras kepada semua pihak yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan penyelewengan barang kawalan bersubsidi. - KitaReporters