Video| Usaha perkasa wanita! Foodpanda perkenal insiatif walker wanita! Rakan penghantar berbasikal!

Published by
KitaReporters


FOODPANDA dan Urbanice Malaysia berpadu tenaga memperkenal inisiatif Blooming Panda dengan mengambil "walker" wanita sebagai rakan penghantar makanan dan membekalkan mereka basikal bagi meringankan beban serta cabaran yang dihadapi pekerja wanita dalam sektor ekonomi gig bagi menambahkan pendapatan.

Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Kelvin Chan berkata kolaborasi ini diharap membantu memperkasa wanita sebagai usaha mengatasi cabaran hidup kerana sejak pandemik Covid-19 , ramai kalangan wanita yang terpaksa menanggung bebanan ekonomi serta melakukan pengorbanan yang tidak seimbang. 


Lagi


Terima kasih wanita dapat basikal. Semoga dapat membantu lebih ramai wanita berkhidmat dalam  penghantaran makanan.


"Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat betapa cekal dan tabahnya mereka. Kami memahami permintaan untuk kerja yang lebih fleksibel yang membolehkan wanita meluangkan lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang penting bagi mereka. Oleh itu, kami komited untuk terus memperbaiki diri," katanya dalam satu kenyataan selepas majlis penyerahan basikal kepada 35 wanita yang berlangsung di Pusat Matlamat Pembangunan Mampan Negara (SDG Centre) di Kuala Lumpur pada 7 Disember 2022 lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, (DBKL) Mohd Yushanizar Md Yusoff  hadir bagi menyaksikan penyerahan basikal tersebut. 

Semua basikal ditaja oleh Urbanice Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengemudi agenda bandar mampan. Penerima dikenal pasti dan dipilih oleh Urbanice dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). 

Mengulas mengenai inisiatif yang memberikan impak positif ini, Kelvin Chan berkata kolaborasi itu sebagai tanda komited untuk terus memperbaiki diri sendiri, 1 perratus lebih baik setiap hari, dan menyediakan penyelesaian bagi membantu wanita mengatasi halangan dalam usaha mencari nafkah untuk menyara keluarga mereka, di samping menyumbang kepada ekonomi negara.

"Berteraskan matlamat yang sama, nama Blooming Panda mewakili titik permulaan baharu untuk wanita yang memerlukan sokongan. Kami berharap  dapat memberi mereka peluang kedua, bangkit dengan lebih yakin dan memperkasakan ekonomi mereka sendiri," katanya lagi. 

Kelvin berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Urbanice menerusi program ini bagi mewujudkan peluang pendapatan untuk mereka yang sangat memerlukan sokongan dengan cara yang selamat dan mampan.  

Selain matlamat itu, kerjasama antara foodpanda Malaysia dan Urbanice Malaysia turut menyasarkan pembinaan komuniti yang lebih mampan dengan menggalakkan penggunaan kenderaan sifar pelepasan seperti basikal dan e-skuter.


Perkhidmatan penghantaran makanan sudah menjadi keperluan utama masyarakat. - Kredit Foto: foodpanda.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia, Norliza Hashim turut bangga dapat bekerjasama dengan foodpanda Malaysia dalam menjayakan inisiatif ini.  

Norliza berkata, “Kami amat gembira melihat syarikat gergasi seperti foodpanda turut berkongsi nilai dan aspirasi kami. Selain promosikan kemampanan bandar, kami percaya pemerkasaan wanita penting untuk pembangunan kesihatan dan sosial keluarga dan masyarakat.

“Apabila wanita itu dapat menjalani kehidupan yang memuaskan dan selamat, mereka dapat memaksimumkan potensi diri dan menyumbang kemahiran ke dalam tenaga kerja serta mampu membesarkan anak-anak dengan lebih gembira dan sihat. 

"Selain itu, ianya juga akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi mampan memberikan manfaat kepada komuniti, negara dan kemanusiaan secara keseluruhannya."

Rakan penaja dan agensi lain yang menjayakan inisiatif Blooming Panda ialah Lembaga Zakat Selangor, yang memberikan tiga bulan zakat kepada peserta asnaf yang layak. 

Kiddocare pula adalah platform penjagaan anak atas permintaan yang pertama dan menjadi pilihan di Malaysia akan menaja perkhidmatan penjagaan anak di rumah selama tiga bulan untuk rakan penghantar itu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Kiddocare, Nadira Yusoff berkata, “Kiddocare berbesar hati bekerjasama dan menyokong kempen Blooming Panda, bagi memperkasakan para ibu yang menjadi rakan penghantar foodpanda dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan anak atas permintaan. 

"Platform kami merupakan sistem sokongan untuk para ibu bapa, terutamanya ibu, yang membolehkan mereka

menjalankan tugas dengan berlapang dada kerana mengetahui terdapat penjaga profesional yang menjaga anak mereka dengan selamat, gembira dan terpelihara, semasa mereka berada di luar rumah dan bekerja. Kami berharap semoga menerusi kerjasama ini,"  - KitaReporters


7
18
0
9
0

Copy Link: