Jadi ekonomi berpendapatan, berteknologi tinggi! Karbon sifar bersih! e.MAS 7 jadi peluncurnya! - PM
Published by.
Dalam negara berusaha untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan dan berteknologi tinggi, Malaysia yakin dapat menyediakan produk berteknologi tinggi untuk rantau Asia dan seluruh dunia.
Perdana Menteri berkata, peluncuran model kereta elektrik (EV) sulung keluaran Proton, e.MAS 7 pada petang 16 Disember 2024, dalam suasana penuh bersejarah buat industri automotif negara, bertepatan dengan sasaran negara ke matlamat Malaysia Madani.
"Kejayaan ini juga amat penting dan tepat pada masanya dalam usaha kerajaan mewujudkan pemangkin kepada era mobiliti rendah karbon," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dalam ucapan saya singgung bahawa sinergi rakan atau perkongsian strategik seperti yang telah terbentuk antara syarikat seperti DRB-HICOM dan GEELY menjadi contoh bahawa Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang bebas.
"Negara berusaha untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan dan berteknologi tinggi dengan menyediakan barangan bernilai tinggi untuk rantau ini serta seluruh dunia.
"Saya turut mengumumkan PROTON e.MAS 7 akan turut digunakan semasa acara-acara rasmi sepanjang ASEAN 2025 dan langkah ini, sekali gus menonjolkan usaha Malaysia dalam mempromosikan pembangunan EV dan komitmen ke atas Karbon Sifar Bersih 2025," tambah Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media