Usahawan pemula dibantu! PISA bimbing dapat akses kepada dana! Yayasan Pahang terus beri sokongan!
Published byKehadiran syarikat pemula menunjukkan program PISA mendapat sambutan menggalakkan.
Program Demo Day (Hari Demo), Pahang Innovative Startup Accelerator (PISA) yang dianjurkan di negeri Pahang, kini memasuki siri kelima dengan penyertaan sehingga 20 syarikat pemula (startup) dari pelbagai industri.
Ia telah membantu banyak syarikat pemula mendapatkan bimbingan termasuk akses kepada dana serta rangkaian pasaran yang lebih luas. Antara syarikat pemula yang mengambil bahagian daripada sektor teknologi perubatan, pertanian dan kecerdasan buatan (AI).
Penolong Pengurus Bahagian Korporat Yayasan Pahang (YP), Mohd Isyraq Akram Mohd Nasir berkata, penyertaan syarikat tersebut berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi khususya di negeri Pahang.
Menurutnya, melalui program tersebut, bukan sahaja berjaya memperkasa usahawan di Pahang tetapi juga membuka peluang kepada mereka untuk menembusi pasaran lebih besar.
Penerangan program bagi memberi pencerahan kepada peserta dengan lebih jelas.
“Dengan cara ini dapat memberi kesan lebih baik dengan adanya bimbingan mentor dan akses kepada pelabur.
"Hari ini, kita selesai program Innovative Startup
Accelerator (PISA) untuk 2025 dengan pelancaran Kohort ke-5 yang terdiri
daripada 20 startup pelbagai industri.
"Kita melihat beberapa startup dengan potensi yang amat tinggi, dan kita harap mereka dapat terus mengembangkan perniagaan mereka dan menyumbang semula kepada ekonomi negeri Pahang," katanya pada program Demo Day PISA Kohort ke-5 yang dianjurkan dengan kerjasama YP dan Beyond4 di Rumah Pahang, yang telah diadakan pada 20 Mac 2025.
Diharapkan Kohort ke-5 ini dapat berkembang lebih pesat dan memberi impak yang lebih besar kepada ekosistem keusahawanan khususnya, di Pahang.
Mohd Isyraq Akram Mohd Nasir
Sementara itu peserta program turut menyatakan penghargaan terhadap manfaat yang mereka peroleh sepanjang penyertaan dalam PISA.
Menurut Ng Shi Ping, pengasas syarikat Axore, yang membangunkan aplikasi Manufacturing Efficiency, program ini memberi peluang kepada syarikatnya untuk berkembang lebih jauh.
Katanya, syarikatnya telah yang membangunkan aplikasi tersebut bagi
meningkatkan kecekapan dalam sektor pembuatan.
“Sebelum ini, kilang-kilang banyak bergantung kepada QC
manual atau manusia untuk memeriksa produk yang dihasilkan.
“Dengan aplikasi kami ini, teknologi kecerdasan buatan (AI)
dapat membantu meningkatkan kualiti produk dengan lebih cekap.
"PISA ini sangat bagus kerana ia membina keyakinan dan memimpin bagaimana sebuah startup boleh mengembangkan perniagaannya bukan sahaja di seluruh Pahang malahan Malaysia," katanya.
Perkongsian yang menarik sepanjang program diadakan.
Bagi Rafiq Hakim Razali, pemilik syarikat Aqufish PLT, beliau turut
memuji program ini kerana menyediakan ekosistem lengkap bagi startup untuk
berkembang.
Jelasnya, PISA ini sangat penting untuk startup kerana ia
membantu mengembangkan bisnes melalui akses kepada sumber (resources) dan
rangkaian (network) yang luas.
"Dengan adanya rangkaian yang kukuh daripada PISA serta
bimbingan mentor dari pelbagai bidang, program ini benar-benar membantu startup
seperti kami untuk berkembang dengan lebih baik," katanya.
Terdahulu, PISA telah berjaya membantu kira-kira 59 syarikat dalam tempoh dua tahun, dan dengan penyertaan baharu tahun ini, program ini terus menjadi platform utama dalam mempercepat pertumbuhan usahawan inovasi berteknologi. - KitaReporters
Para peserta Pahang Innovative Startup Accelerator (PISA) yang dianjurkan di negeri Pahang bergambar kenangan.