Dominasi matawang Dolar Amerika dalam ekonomi dunia kini buat pertama kalinya akan berdepan risiko kehilangan nilai apabila negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan) mahu beralih daripada menggunakan Dolar AS kepada matawang baharu yang disepakati.

Implikasi BRICS sedang menuju ke arah bebas daripada Dolar AS amat besar. Dolar AS boleh dianggap matawang palsu (fake money) dan memiliki serta memyimpannya tidak membawa apa-apa nilai kerana pengeluaran Dolar AS tidak bersandar kepada aset bernilai seperti emas atau galian berharga. 

Jika Dolar AS tidak lagi diguna bermakna berdagang dengan Dolar AS tidak akan diterima sebab dominasi Dolar AS di dunia tidak lagi wujud.



Banyak negara sebenarnya telah ditawan kedaulatannya akibat Dolar AS. 

Dolar AS mencengkam ekonomi dunia sehingga segala urusan kewangan berada pada tangan rizab bank Amerika. Dolar AS dilihat sebagai alat imperialisme Amerika ke atas banyak negara. 

Matawang Dolar AS dicetak oleh Amerika sewenang-wenangnya tanpa bersandar kepada apa-apa. Ia hanya kertas yang dicetak untuk mengawal perdagangan dunia agar mengekal dominasi Amerika.

Sebab itu petrodollar diperkenal oleh Amerika untuk mengikat harga minyak kepada Dolar AS. Amerika meletakkan Dolar AS sebagai satu-satunya matawang dalam perdagangan petrol. 

Dengan meletakkan Dolar AS sebagai matawang perdagangan untuk komoditi dunia, Dolar AS menjajah semua negara yang menjalankan perniagaan dengannya. 

Matawang sesebuah negara akan sentiasa ditekan melalui Bank Pusat supaya tidak boleh mengganti Dolar AS.

Seluruh ekonomi dunia selama ini telah dikawal oleh AS apabila perdagangan dunia berada di bawah ketentuan Dolar AS. Segala perkembangan ekonomi dunia didalangi di bawah Dolar AS.



Kini suatu peralihan ekonomi akan berlaku bila 70% penduduk dunia yang selama ini mengguna Dolar AS untuk urusan perdagangan membuat keputusan mengetepikan Dolar AS dan memilih untuk mengguna matawang yang lain.

Penyahdolaran (de-dolarization) bakal berlaku. Dominasi Dolar AS akan berakhir. Matawang Dolar AS akan akhirnya menjadi kertas tidak berharga sehingga disebut menjadi "kertas tandas" (toilet paper). 

Pada waktu itu inflasi di Amerika akan melonjak tanpa kawalan. Hiper inflasi akan melanda Amerika bagaikan ombak besar yang menghempas ekonomi Amerika.

Bagi negara yang berdagang dengan Amerika akan diheret dalam krisis yang kronik jika kejatuhan Dolar AS berlaku.

Matawang Dolar AS yang dicetak oleh Amerika bakal hilang nilai dan nilai simpanan Dolar AS di bank-bank diprediksi akan jatuh. 

Soalnya, negara dagang seperti Malaysia yang mempunyai hubungan perdagangan paling besar dengan Amerika perlu bersiap untuk beralih dari Dolar AS dengan matawang yang disepakati dengan negara lain.

BRICS dijangka akan mencari matawang alternatif kepada Dolar AS. Malah matawang Digital akan diterokai untuk tidak lagi mengguna Dolar AS.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)



9
15
0
8
0

Copy Link: