Terus jaga kebajikan rakyat! Diskaun 50% tol! 12.01 pagi 27 Jan 2025 hingga 11.59 malam 28 Jan 2025!

Published by
KitaReporters


Keputusan memberikan diskaun 50% dari kadar biasa tol ini akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa).

Pemberian diskaun ini adalah bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS); dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).



Pengumuman sebelum ini bahawa tiada tol percuma di musim perayaan adalah berdasarkan keputusan Kabinet kerajaan Malaysia Madani pada 20 Disember 2024.

Rakyat sudah menikmati tol percuma pada 4 perayaan utama pada 2023 dan 4 perayaan utama pada 2024 atas ihsan Kerajaan Madani. Berikutan itu, kerajaan menanggung lebih RM356 juta sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol yang terlibat. 
Sehubungan itu, mesyuarat Kabinet pada 24 Januari 2025 memutuskan untuk beri diskaun 50% sebab Kerajaan Madani mahu terus menjaga kebajikan rakyat. Ekoran itu, Kerajaan sanggup menanggung RM20 juta sebagai pampasan sempena Tahun Baharu Cina 2025 ini.
Kerajaan boleh buat keputusan potongan 50% ini disebabkan kedudukan kewangan yang semakin baik di bawah Kerajaan Malaysia Madani hasil penyasaran subsidi elektrik, diesel, dan bawa membalik banyak pelaburan baharu dari negara luar (RM329.5 bilion, yang tertinggi dalam sejarah negara pada 2023), serta ketika perdagangan terus melonjak (RM2.879 trilion - rekod perdagangan tertinggi negara pada 2024).  - KitaReporters/Kenyataan Media


11
18
0
6
0

Copy Link: