ANAK OKU: DEMIMU, AYAH TERUS GIGIH BERNIAGA
Published bySELAGI namanya manusia kita pasti diuji kerana setiap ujian itu tanda kekuasaan dan tanda sayang-Nya kepada kita. Biarpun pelbagai onak dan duri yang terpaksa dilalui namun, kasih seorang ayah kepada anak tiada tandingan. : KitaReporters.com
ANAK lelakinya sentiasa menjadi peneman setia ketika Dam berniaga di jalanan sekitar bandar Rat Burana, Thailand. - Foto Kredit Wongnai.com
Begitulah
yang dilalui seorang lelaki dari Thailand ini yang sanggup melakukan apa sahaja
demi kelangsungan hidup bersama anak lelaki tunggalnya.
Biarpun Dam atau lebih dikenali sebagai Pakcik Dam ditinggalkan oleh isteri selepas mengetahui anak mereka orang kelainan upaya (OKU), namun tidak mematahkan semangat dia meneruskan kehidupan.
DAM terpaksa menolak kereta sorong bersama bahan jualan sejauh enam kilometer setiap hari.
"Anak lelaki saya dilahirkan secara normal tetapi ketika usianya lapan bulan, dia mula menunjukkan kehilangan upaya fizikal, sekali gus menyebabkan isteri tidak menerima kenyataan anaknya akan menjadi OKU sebelum melarikan diri," ujarnya yang dipetik Wongnai.com.
Peristiwa
ini membuatkan Dam terkilan sehingga berniat untuk membunuh diri.
Namun,
melihat keadaan anaknya yang semakin cerdik, menyebabkan si ayah nekad mahu
membesarkan anak itu walaupun seorang diri.
PERNIAGAAN yang diusahakan adalah semata-mata untuk kelangsungan hidup selain membiayai perubatan anak lelaki tunggalnya.
Demi anak
tercinta, dia menguatkan semangatnya untuk mencari rezeki bagi membiayai kos
rawatan dan perubatan anaknya yang sering jatuh sakit.
“Saya
meneruskan hidup dengan hanya memfokuskan apa yang ada pada masa kini selain
mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berasa gembira.
“Kisah lama tidak perlu diungkit kembali dan hanya perlu berusaha mencari kebahagiaan, lagipun masa depan tidak dapat dijangka, jadi janganlah kita terlalu memikirkan tentangnya,” kata Dam lagi.
DAM melayan peminat setia di warong kecilnya di bandar Rat Burana, Thailand, baru-baru ini.
Bagi meneruskan kehidupan di bandar Rat Burana, Bangkok, Dam terpaksa membawa anaknya ke mana sahaja memandangkan anaknya tidak boleh menguruskan diri.
Situasi tersebut
memaksa dia mencari sesuatu pekerjaan yang fleksibel dan tidak terikat dengan
sesiapa.
Lalu, Dam mencuba nasib dengan menjual manisan seperti ais kacang atau ABC di kota raya
itu.
Setiap hari,
dia yang ditemani anak lelakinya akan berjalan kaki sambil menolak kereta tolak
yang dipenuhi bahan-bahan untuk menjual ABC miliknya sejauh enam kilometer
untuk berniaga di pusat bandar berkenaan.
DAM menyediakan sendiri bahan-bahan untuk dimasukkan dalam ABC yang dijualnya.
Menurut,
hasil perniagaan kecil-kecilan itu adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup
selain membiayai kos perubatan anaknya.
Untuk
semangkuk ais kacang yang diisi dengan pelbagai bahan tambahan seperti jagung,
cincau, roti, sirap dan susu cuma berharga RM1.30 sahaja! Murah bukan?
SEMANGKUK ABC yang diisi dengan pelbagai bahan tambahan seperti jagung, cincau, roti, sirap dan susu hanya dijual dengan berharga RM1.30 sahaja.
Hebat betul dugaan lelaki ini tapi kasihnya kepada anak dia sanggup melakukan apa sahaja, semoga syurga menunggumu nanti wahai ayah! - KitaReporter.Com