MAK OI!! INGAT KUCING RUPANYA TEDUNG SELAR
Published byWASPADA sepanjang masa, walaupun di rumah!! Kerana, jangan ingat rumah taman tidak dimasuki binatang berbisa seperti ular terutama sekali dalam musim hujan dan banjir pada masa ini. : KitaReporters.com
Anggota APM termasuk dua anggota wanita menangkap seekor ular tudung selar di sebuah rumah di Taman Sri Idaman, Jerantut, Pahang.
Sepasang suami isteri terkejut apabila seekor ular tedung selar sepanjang 1.8 meter tiba-tiba berada di ruang tamu rumahnya di Taman Sri Idaman di Jerantut, Pahang.
Seorang guru, Abdul Razak Zainal, 59, berkata, kehadiran ular berbisa berkenaan disedari isterinya yang lalu di ruang tamu rumahnya kira-kira pukul 1.30 petang hari ini (20/12/2019).
"Semasa melalui ruang tamu, isteri saya terdengar bunyi seakan kucing dan apabila menoleh dia amat terkejut mendapati seekor ular tedung selar di atas sofa.
"Selepas terdengar jeritan isteri, saya meluru dan cuba menghalau ular berkenaan dengan penyapu tetapi ular berkenaan melawan dan tidak mahu keluar," katanya ketika dihubungi.
Ingatkan kucing di atas sofa rupa-rupanya ular tedung selar.
Menurut Abdul Razak, selepas itu dia menghubungi rakan-rakannya bagi menghalau ular berkenaan, tetapi tidak berjaya kerana ular berkenaan terus melawan.
Katanya, selepas itu dia bersama rakan-rakannya membuat keputusan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi menangkap ular berkenaan.
"Saya bersyukur kerana ular berkenaan berjaya ditangkap oleh tiga anggota APM wanita yang datang dan ular berkenaan telah dilepaskan di tempat yang jauh.
"Saya terkejut dan tidak menyangka kerana ini adalah pertama kali ular berbisa masuk dalam rumah saya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati," katanya. - KitaReporters.com