[VIDEO] SAYA DIUJI LAGI, SAYA REDA ALLAH - NORA

Published by
KitaReporters
“ALLAH uji saya sekali lagi. Saya nak beritahu anak saya, Alif Johan baru saja menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumah saya,” kata penyanyi Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin mengenai kematian mengejut anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pagi tadi (14/12/2019). : KitaReporters.com

Alif Johan (kiri) meninggal secara mengejut pagi tadi


Nora berkata demikian menerusi video dalam akaun Instagram @itsnoraariffin miliknya.

“Harap dapat kebumikan dia secepat mungkin hari ini. Mohon maafkan semua kesalahannya. 

"Saya diuji lagi Allah, saya reda Allah," katanya yang sebelum ini kehilangan suami yang juga komposer terkenal, Johan Nawawi, yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.

Allahyarham Alif Johan beberapa tahun lalu dan Nora bersama suaminya, Allahyarham Johan Nawawi ketika masih hidup.

Difahamkan Nora menerima berita sedih itu ketika baru tiba di Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Dia kemudian bergegas mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Difahamkan Alif Johan tiba-tiba tidak sedarkan diri di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor dan dikejarkan ke Pusat Perubatan  Universiti Malaya.

Alif Johan  juga berbakat dalam bidang nyanyian menyertai program Mentor Milenia 2019 baru-baru ini, namun hanya berjaya dalam senarai 20 terbaik. - KitaReporters.com

1
0
11
0
1

Copy Link: