RATU RESTUI KEPUTUSAN HARRY UNTUK "MEGXIT"
Published byRATU England, Elizabeth II dikatakan merestui sepenuhnya niat cucunya, Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markel mahu membentuk keluarga berdikari sebagaimana hasrat pasangan muda itu, walaupun keluarga diraja Inggeris mahu mereka menjalankan tugas rasmi diraja sepenuh masa. : Kitareporters.com
PUTERA Harry dan Meghan Markel... Foto Instagram The Duke and Duchess of Sussex @sussexroyal.
Ratu difahamkan memberi keizinan itu ketika menerima mengadap Putera Charles dan dua cucunya, Putera William dan Putera Harry di Istana Sandringham, baru-baru ini.
Pertemuan itu turut mencatatkan peristiwa bersejarah negara kerana kebenaran (untuk berundur dari menjalankan tugas rasmi diraja) begitu jarang diberikan memandangkan istana bimbang ada yang ambil kesempatan keistimewaan gelaran diraja.
Walaupun Ratu Elizabeth dilaporkan masih'kecewa', tetapi baginda turut meminta pasangan itu tidak menghebohkan pada umum kerana ia masih dalam tempoh penyesuaian untuk menetap di Kanada dan Britain.
Sebelum itu, Ratu terpaksa mengetepikan kedudukannya sebagai ketua negara dan bertindak sebagai nenda dalam menyelesaikan isu Duchess Of Sussex Meghan Markle dan Putera Harry, yang memutuskan mahu "keluar" dan tidak memainkan peranan utama dalam institusi diraja Inggeris, pada minggu lalu.
Media melaporkan langkah itu sebagai "Meg-ixt", Meghan "keluar" dari Britain.
Baginda Ratu mengarahkan kerabat istana memberikan laporan penuh dalam masa sehari, punca cucu kesayangannya ikut isterinya pulang ke Kanada dan mahu berundur daripada menjalankan tugas rasmi kerabat diraja atas alasan mahu berdikari dan bebas dari segi kewangan.
Meghan dan Harry berkata sudah masanya mereka tidak bergantung kepada ehsan kewangan kerajaan kerana mempunyai sumber pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan.
Jadual perniagaan dan aktiviti pasangan lepas ini akan dipantau dan diluluskan oleh kakitangan istana menerusi garis panduan yang ketat termasuk isu yang sensitif.
Ini termasuk kawal selia pengurusan dan individu yang terbabit akan diteliti untuk memastikan ketulinan perniagaan.
Ini dilakukan supaya pasangan diraja yang bekerja tidak mengeksplotasikan keuntungan berdasarkan status mereka.
Isu gelaran mereka juga akan dipertimbangkan. Malah kerajaan Kanada juga akan menyediakan pasukan keselamatan bagi mengawal pasangan itu.
Sebelum ini, anak bongsu Ratu Elizabeth, Edward dan isterinya, Sophie dikhianati sekumpulan orang yang ,mengaku sebagai sheikh membuat tawaran lumayan bertujuan memperalatkan agensi perhubungan awam Sophie, yang akhirnya membuatkan pasangan itu menutup bisnesnya dan menjadi keluarga bekerja sepenuh masa.
Begitu juga kes Duchess of York, Sarah dan Andrew yang pernah diperangkap dengan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak.
Tahun lalu juga, Andrew yang juga bapa saudara Harry dilucutkan daripada tugasan diraja apabila didedahkan berkawan dengan jutawan dari Amerika Syarikat yang terbabit skandal seks budak bawah umur.
Sumber kewangan mereka juga akan dibincangkan.
PASANGAN Harry dan Meghan. - Foto Getty Image.
Sekarang Harry dan Meghan disara dengan wang cukai rakyat Britain dan tabungan kewangan Duke of Cornwall. Putera Harry juga pewaris harta mendiang ibunya.
Rakyat Britain juga mahu kerajaan menghentikan saraan itu dan ramai bersetuju Harry dan Meghan mencuba usaha mewujudkan model kerja baru dengan berdikari.
Perlu diingatkan mereka bijak mencari sumber kewangan kerana kedua-duanya sudah pun ada Instagram sendiri untuk mempromosikan kerja kebajikan dan tajaan.
Putera Harry mengambil keputusan mengikuti isterinya kerana tugasnya sebagai suami dan bapa melindungi Meghan dan Archie, puteranya.
Harry yang kehilangan ibunya, Puteri Diana pada usia muda dilaporkan tidak mahu kehilangan anak isteri kali ini hanya kerana terpaksa perlu patuh arahan istana.
WHOOPI GOLDBERG. - Foto saluran TV ABC
Seorang panel program The View saluran ABC, Whoopi Goldberg yang juga pelakon Hollywood menyokong tindakan Meghan "balik kampung" kerana rakyat Ameriksa Syarikat mengutamakan kebebasan, manakala pada masa yang sama, Meghan terlalu banyak memendam perasaan dan hilang kebebasan diri.
"Tengoklah Meghan disindir dan dikecam oleh media di Britain, ada keluarga diraja melindungi dan mempertahannya. Hanya Harry yang selalu di sisinya.
"Menjadi anggota keluarga diraja sangat rumit. Perlu patuh protokol istana, hati kena keras, perasan dingin dan semua disiplin hidup bertentangan dengan kebebasan," katanya.
Konflik Meghan itu pernah dilalui oleh mentuanya, mendiang Puteri Diana yang bukan saja diketepikan oleh istana, juga terpaksa berdepan kecurangan bapa Harry, Putera Charles dengan gundik yang kini menjadi isterinya, Camilla Bowles Parker.
Wanita itu dikatakan kerap menjadi punca anak beranak itu 'bergaduh'.
Ada yang kata Meghan dan Harry terasa 'tidak diperlukan' apabila Putera Charles yang bakal menaiki takhta daripada bondanya, merancang mengecilkan kerabat diraja buat tugasan rasmi kerajaan.
Peranan William yang bakal menjadi Putera Mahkota itu dikatakan akan dikembangkan untuk menjaga urusan dalam negeri dan Harry pula mengawal jajahan komanwel.
Putera William yang paling terasa kerana dia tidak mungkin dapat lagi memeluk adiknya seperti selalu dan media melaporkan hubungan mereka adik beradik itu kian renggang dan mungkin terburai.
Goldberg pelakon filem hits Ghost bersama Demi Moore bersetuju tindakan Meghan sebagai perkara biasa kerana Putera Harry bukanlah calon yang akan menaiki takhta sebagaimana Putera Charles dan Putera William.
Jadi tindakannya undur diri dari istana membolehkan dia membina dan membentuk keluarga mengikut acuannya.
"Apa nak hebohkan, Harry tak akan jadi raja. Meghan pula berpendapat jika tak apa-apa lagi yang hendak ditunggunya di Britain.
"Baguslah balik ke Kanada dan hidup seperti orang biasa dan bebas daripada protokol istana." katanya menggambarkan sejak berpuluh-puluh tahun kehidupan istana seperti dalam drama Crown.
Kepulangan Meghan ke Kanada tidak merugikan kerana bekas pelakon siri Suit itu ada ibunya dan Meghan juga tidak naif dan rugi.
Apakah yang naif dan rugi adalah Putera Harry sendiri kerana dia aset Britain, apatah lagi dari istana tertua di dunia. - KitaReporters.com