11 TAHUN KAHWIN TANPA SEKS KERANA OBESITI
Published bySELAMA 11 tahun berkahwin, mereka tidak pernah merasai nikmat berhubungan seks. Mereka masih menjadi anak teruna dan anak dara, walaupun usia sudah memasuki 42 dan 39 tahun. : KitaReporters.com
Inilah yang dialami Lee Sutton, 42, dan isterinya Rena Kiser, 39 tahun. Semuanya kerana kedua-dua mereka memiliki masalah obesiti yang kronik.
Setiap harinya, Rena yang mengurus Lee mulai dari menyiapkan makanan hingga membilas badan Lee.
Kedua-duanya bertemu di klinik obesiti 11 tahun lalu dan saling jatuh cinta, meski sudah diperingatkan oleh pengurus klinik bahawa itu akan menjadi musibah bagi kedua-duanya.
Alih-alih mengikuti nasihat tersebut, kedua-dua mereka justeru memilih keluar dari klinik dan tinggal bersama.
Semenjak itu, pola makan mereka berdua semakin tidak terkawal lagi.
Lee dan Rena kemudian mengalami kenaikan berat badan agak drastik dan tidak melakukan apapun untuk membantu mengendalikan tubuh mereka.
Kedua-dua mereka sangat senang makan junk food dan tidak pernah berhenti makan semua jenis makanan berkalori tinggi.
Lee mulai tidak boleh bergerak dari atas tempat tidurnya, sehingga Renalah yang mengurus semua keperluannya.
Hingga pada tahun selanjutnya, Rena juga nyaris tidak boleh bergerak.
Mereka bergantung kepada adik perempuan Lee, Cassie yang datang setiap hari dan memandikan mereka berdua.
Menyedari nyawa mereka dalam bahaya dan kehidupan pernikahan mereka yang mulai tidak harmoni, Rena mengajak Lee untuk melakukan pembedahan sedot lemak.
Lee setuju dan dialah yang pertama untuk menjalani pembedahan itu di sebuah hospital khas sedot lemak di Texas, Amerika Syarikat.
Seminggu setelah menjalani pembedahan, Lee kembali makan junk food dan tidak mahu menjaga pola makannya, dan itu membuat Rena merasa kesal.
Lee bahkan melakukan keganasan terhadap Rena kerana dirinya merasa marah ketika Rena menyuruhnya berhenti makan.
Beruntunglah pasangan itu kerana dengan kesabaran Rena, mereka kembali menjalani rawatan sedot lemak dan bersama-sama menjaga pola makan.
Selama setahun penuh, mereka menjalani rawatan sedot lemak dan menjalani diet ketat.
Hasilnya, berat badan Lee turun menjadi 186 kg dan Rena menjadi 126 kg iaitu penurunan kira-kira 50 peratus.
Mereka berdua sangat gembira dengan perubahan itu, terutama Rena kerana dia kemudian boleh bergerak lebih bebas dan memakai gaun-gaun cantik yang sesuai dengan ukurannya.
Lee juga boleh turun dari tempat tidur, berjalan dan beraktiviti normal.
Selain itu, yang paling membuat mereka senang adalah bahawa setelah 11 tahun bersama, akhirnya mereka boleh melakukan hubungan intim di tahun ke-12 mereka.
Kami saling mencintai dan tergila-gila, namun, berat bagi kami menjalaninya kerana kami tidak boleh sedikitpun bermesraan dengan kondisi seperti itu," kata Lee pada Daily Mail.
Kini dengan berat badan mereka yang baharu, pasangan ini bahkan berjanji untuk mengadakan pesta perkahwinan yang meriah.
Terbukti dengan keinginan yang kuat, tidak ada yang mustahil di dunia ini. - KitaReporters.com
Gambar terbaharu Lee Sutton dan Rena Kiser selepas dapat menurunkan berat badan mereka sebanyak 50 peratus. - Foto Daily Mail