HINA PERMAISURI AGONG: POLIS KENA BERTINDAK
Published byKEPADA seluruh rakyat Malaysia, hayatilah bait-bait RUKUN NEGARA ini kerana ia adalah ideologi kebangsaan negara. "Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :" : KitaReporters.com
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Fahami dengan jelas prinsip-prinsip tersebut nescaya tiada pihak akan terguris dengan tindakan yang bertentangan dengan perkara tersebut.
Seruan ini kerana ketika ini hangat dalam media-media terutama laman media sosial sebahagian rakyat Malaysia yang terluka dan marah dengan segelintir individu dengan sengaja menghina institusi beraja.
Tindakan menghina Islam iaitu agama rasmi Persekutuan yang kedengaran sebelum ini belum berkesudahan, namun kini dicabar pula dengan penghinaan secara terbuka dalam media sosial terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Mana sifat hormat mereka dan jati diri sebagai rakyat Malaysia, negara yang berdaulat.
Berhentilah! Dan pihak berkuasa segeralah bertindak agar ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Bersyukur anda dilahirkan di Malaysia kerana jika di negara jiran dalam kes sedemikian apabila Mahkamah Tentera Bangkok menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara kepada seorang lelaki berusia 61 tahun pada 9 Ogos 2017 kerana melanggar Perkara 112 kod jenayah Thailand, yang menyebut sesiapa 'menghina, memalukan atau mengancam Raja, ratu, pewaris atau kerabat' akan dihukum sehingga 15 tahun penjara, dan melakukan jenayah komputer negara.'
Terbaharu yang melukakan hati rakyat negara ini apabila tindakan pemilik akaun Facebook 'Nentung Ting' dan beberapa pengguna lain di laman sosial telah mengeluarkan kenyataan berbaur cercaan dan penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong dengan memanggil baginda sebagai 'nenek sihir rasis'.
Tindakan itu sangat biadap dan melampau! Angkuh serta sombong!!
Tambah mengguris hati apabila pelakunya seolah-olah tiada rasa bersalah menghina Raja Permaisuri Agong yang cukup disanjungi atas kemuliaan peribadi baginda.
Fikirkanlah... keharmonian bagaimanakah yang kita mahukan jika institusi diraja yang menjadi payung kepada rakyat sewenang-wenangnya dimomokkan dan dihina?