RAHSIA AWET MUDA? TANYA SAMA SALMA MAMAT

Published by
KitaReporters

“SAYA bersyukur dan menganggap mempunyai anak ramai sebagai anugerah Allah, walaupun terpaksa menanggung beban untuk membesarkan kesemua 14 anak,” kata Salma Mamat, 51, dari Kampung Tanjung Alir, Alur Keladi dekat Jertih, Terengganu. Walaupun ada 14 orang anak dan 15 orang cucu, Salma kelihatan awet muda. Apa rahsia? : KitaReporters.com

Salma Mamat.. sentiasa awet muda walaupun mempunyai ramai anak.


Salma yang bekerja sebagai tukang urut  tidak menyesal mempunyai anak ramai sebaliknya menganggap anak-anak sebagai permata hati yang perlu diberi kasih sayang.

Beliau yang berkahwin dengan suaminya, Che Sulaiman Hanafi, 56, ketika berusia 16 tahun.

Walaupun hanya bekerja sebagai tukang urut tetapi masih mampu menanggung sara hidup keluarganya.

Katanya, suaminya seorang tukang rumah juga turut bangga kerana diberikan cahaya mata yang agak ramai dan sentiasa memberi kasih sayang sama rata kepada semua anak.

Salma berkata, hasil perkongsian hidup dengan suaminya, beliau mempunyai enam anak lelaki dan perempuan berumur di antara 16 hingga 32 tahun.

“Selain mempunyai 14 anak saya juga sudah mempunyai 15 cucu,” katanya 

Salma tetap bahagia bersama suami (duduk), anak dan cucu yang ramai


Katanya, hasil kerja mengurut dan bertukang rumah, beliau bersama suami terpaksa berhemah dalam mengurus perbelanjaan keluarga kerana terpaksa menanggung anak yang ramai.

“Saya berkahwin ketika usia masih muda, barangkali sebab itu dikurniakan anak ramai,” katanya.

Beliau berkata, tidak pasti sama ada akan mendapat seorang lagi cahaya mata bagi mencukupkan 15 orang dan terserah kepada Allah yang menentukannya.

Salma juga turut aktif dalam pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Wanita Umno dan pertubuhan lain yang ada di kampungnya.

Walaupun mempunyai anak ramai Salma tetap kelihatan awet muda dan sentiasa ceria bersama ahli keluarga pada setiap hari

Kerjanya sebagai tukang urut sememangnya penat dan meletihkan, tetapi dia tetap bangga dan bersyukur kerana sentiasa dilimpahi rezeki untuk menyara hidup keluarga. 

“Banyak wanita yang bertanyakan petua menjaga ramai anak selain rahsia mengekalkan awet muda yang menjadi idaman semua wanita," katanya.

Dia berkata, amalan memakan sayur-sayuran dan sering minum air panas menjadi petua dalam amalan hidup beliau setiap hari. - KitaReporters.com

1
1
0
0
0

Copy Link: