KERANA MAKAN MANGGA: KAU PERGI SELAMANYA

Published by
KitaReporters
SIAPA tidak sedih, si kecil sebelum ini yang menjadi penghibur seisi keluarga kerana keletahnya akhirnya pergi meninggalkan keluarga buat selama-lama angkara tersalah makan. Namun itulah dikatakan ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Tidaklah lambat atau cepat walaupun seminit. Semuanya rahsia Allah! : KitaReporter.com

BAPA kepada Nur Amanda Ahmad Helmi memangku jenazah anaknya menggunakan kenderaan  polis sambil dibantu oleh anggota dan kakitangan Hospital Dungun pada 1 Februari 2020. - Foto RTM


Tragedi memilukan itu berlaku kepada sebuah keluarga dari Taman Limbong Jaya Idaman, Paka, Terengganu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dipercayai tercekik buah mangga. 

Nur Amanda Ahmad Helmi dikatakan disuap sepotong buah mangga oleh bapanya, kira-kira pukul 3.50 petang pada Sabtu, 1 Februari 2020 di kawasan rumah mereka.

Namun ketika sedang leka makan, bapanya terkejut selepas mendapati anak kesayangan itu tiba-tiba mengalami sesak nafas.

Mungkin ketika itu si kecil sudah tercekik! Maklumlah masih kecil dan belum memiliki penghadaman yang sempurna.

Bapanya kemudian mencuba memberikan rawatan kepada si kecil namun gagal.

JENAZAH Nur Amanda dihantar ke Hospital Dungun bagi siasatan lanjut. - Foto Astro Awani.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah yang dipetik oleh Astro Awani berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah.


Baharudin berkata, si bapa yang berusia 32 tahun itu kemudian terus bergegas ke klinik kesihatan Paka untuk rawatan, tapi terlambat kerana disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 5.20 petang.

Sudah namanya ajal, akhirnya dia pergi jua.

 “Siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kata Baharudin lagi. - KitaReporter.com

2
0
26
0
0

Copy Link: