BUDAK DRAKULA TAK BOLEH KENA SINAR MENTARI

Published by
KitaReporters
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di China mempunyai penyakit ganjil dengan memiliki kondisi darah ganjil yang disebut sebagai 'penyakit Drakula'. Dia menghadapi kehidupannya dengan ketakutan jika terkena paparan sinar matahari. : KitaReporters.com


Menurut Daily Mail, kanak-kanak berusia 12 tahun itu, yang dikenali dengan nama samaran Xiao Luo, akan mengalami  bengkak, dan luka bakar yang parah bila terkena paparan matahari.

Kondisinya memburuk tahun ini, dan dia mulai mengeluarkan darah dari mulut, mata, dan hidungnya.

Ibu kanak-kanak itu, Tang Guiju  telah membuat permohonan untuk bantuan setelah Xiao sakit serius.

Xiao Luo dan keluarganya tinggal di kota Panzhihua di Wilayah  Sichuan, barat daya China.

Xiao Luo semakin parah dan perlu menjalani rawatan di hospital. - Foto Red Star News


Ibunya, Tang Guiju, mengatakan bahawa kanak-kanak itu mulai menunjukkan gejala pada usia kanak-kanak, tetapi doktor menyangka keadaannya itu disebabkan oleh penyakit kulit.

Menurut laporan itu, kesihatan Xiao Luo memburuk pada Jun lalu.

Dia kini mengalami sakit perut parah dan darah keluar dari hidung terus-menerus. Kadang-kadang darah juga keluar dari mata dan mulutnya. 

Dia terpaksa berhenti sekolah dan dirawat di hospital.

Xiao Lun menjalani rawatan di hospital. - Foto Red Star New.


Setelah ujian genetik dilakukan, kanak-kanak itu didiagnosis mengidap "porphyrus" iatu penyakit yang dipercayai banyak orang, sebagai lagenda Drakula.

Porphyrias, ialah sekumpulan lapan kelainan darah yang diketahui, memengaruhi enjin molekul tubuh untuk membuat ‘heme’, yang merupakan komponen protein pengangkut oksigen, hemoglobin.

Tidak jelas seberapa ramai yang mempunyai porfiria, tetapi angka menunjukkan bahawa hingga satu dari 50.000 orang menghidapi gangguan ini.

Tang Giuyu terus berusaha merawat penyakit Xiao Lun. - Foto Red Star News.

Ibunya berkata: "Saya telah melihat Drakula dalam filem. Ketika saya mendengar doktor memberitahu saya, saya memang tidak dapat menerimanya. Anak saya tidak menghisap darah.

"Kondisi Xiao Luo semakin parah. Hatinya telah rosak dan paru-parunya juga terinfeksi. Dia telah menjalani beberapa transfusi darah sebagai rawatan."

Tang Guiju mengatakan bahawa dia telah menghabiskan sekitar RM50,000 untuk merawat Xiao Luo sejak Jun lalu dan perlu membayar RM1,000 setiap hari untuk rawatan.

"Tetapi aku tidak pernah berfikir untuk menyerah," katanya. - KitaReporters.com

0
1
0
0
0

Copy Link: