BEKAS Duke dan Duches of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle dijangka muncul sebagai pasangan bilioner hasil inisiatif menjana pendapatan sendiri sebaik saja melepaskan gelaran dan segala keistimewaan kerabat diraja Britain untuk menjadi orang awam dan membina keluarga di Kanada. : Kitareporters.com

Kredit foto https://www.instagram.com/sussexroyal/


Pasangan itu dikatakan boleh menghasilkan pendapatan lebih $1 billion jika menggunakan jenama Sussex Royal dan Sussex Royal Foundation sebagai jenama untuk penerbitan buku, alat tulis, pakaian (seperti pijama, stokin, dan topi), kempen kebajikan, latihan, sukan serta kemasyarakatan.

Cuma mungkin sedikit perubahan perlu dilakukan kerana sebaik melepaskan gelaran diraja itu, pentadbiran istana England sudah membantah, mereka itu tidak boleh lagi menggunakan gelaran diraja untuk berniaga.

Meghan, bekas pelakon yang bernikah dengan pewaris keenam takhta diraja itu, Harry dikatakan sudah ditawarkan buat penerbitan dengan Neflix dan Apple selain sesi temu ramah di televisyen, sekaligus mengikut langkah bekas Presiden Amerika, Obama menjana sumber kewangan baru sebaik melepaskan jawatan di Rumah Putih.

Kredit foto https://www.instagram.com/sussexroyal/


Pakar media melaporkan, setakat ini, tabungan pasangan itu sudah pun ada AS$50 juta untuk sesi temu ramah, $25 juta untuk penulisan buku dan tambahan dalam $600,000 atau lebih bagi sesi temu ramah yang lainnya.

Tahun lalu, Istana Kesington mengumumkan Harry sudah bekerjasama dengan pengasas Stesen TV milik pengacara bilioner dunia, Oprah Winfrey untuk membuat dokumentari khas mengenai kesihatan mental.

Adik Putera William ini ketika mengumumkan keputusan 'sedih' itu berkata, mereka mahu membentuk model kerja baharu dengan menghasilkan pendapatan sendiri. 

Selama ini, pasangan itu ditanggung oleh kerajaan Britain dan tabung diraja sebagai 'gaji dan elaun' kerana menjalankan tugasan rasmi istana.

Harry adalah generasi diraja moden yang akan mengikut jejak moyang saudaranya King Edward yang turun takhta untuk berkahwin dengan janda dari AS, Willis Simpson dan menetap di sebuah istana di Sepanyol. 

Demi cinta pada isteri orang itu, Putera Edward melepaskan takhta kepada Ratu Elizabeth II dan kehidupannya di luar negara ditanggung dengan belas ehsan keluarga diraja berkenaan sehingga akhir hayatnya.

Sebelum ramai menjangkakan Putera Charles terpaksa turun takhta kerana bercerai dengan Lady Diana dan mengikut jejak bekas King Edward itu, tetapi undang-undang kemudian diubah bagi membenarkan Charles berkahwin dengan gundiknya, Camilla Andrew Parker Bowles, sekali gus membolehkan wanita itu menjadi permaisuri bila dia jadi raja .

MEGHAN Markle (dua dari kanan) bersama pelakon-pelakon utama drama TV, Suits. 


Bagi Meghan tumpuan paparazi itu adalah perkara biasa kerana dia sudah tujuh tahun jadi pelakon tetapi bila dijadikan aset negara, mereka sentiasa terdedah kepada buruan, umpatan dan kecaman media, sebagaimana terjadi pada ibu Harry, Puteri Diana dan semua kerabat yang lain. 

Dalam usaha mengurangkan 'bantahan' rakyat terhadap kehidupan mewah keluarga raja, pewaris takhta Raja England, Putera Charles dilaporkan akan mengurangkan kakitangan bekerja.

Ini mungkin membuatkan Meghan 'merajuk' dan terus balik 'kampung' di Kanada bersama anaknya, Archie Harrison yang berusia lapan bulan. 

Harry sudah pun menyertai keluarga itu. Sebelum melangkah keluar istana itulah, Meghan dan Harry mengumunkan di media, dia ingin berhenti menjadi kerabat senior keluarga diraja England.

Dan melepaskan semua gelaran diraja termasuk Yang Mulia, membayar semua wang yang digunakan untuk mengubah suai rumah mereka di England dan menolak wang dari dana kerajaan serta ingin berundur daripada tugasan rasmi. 

Ada juga yang 'berbisik', Meghan terasa adanya isu perkauman kerana ibunya adalah wanita kulit hitam.

Putera Charles sudah membayar AS$11 juta 'gaji' pasangan itu dan dijangka membayar 2.3 juta pound selama setahun  lagi dari tabung Duchy of Cornwall sepanjang mereka menetap di Kanada. 

MENDIANG Lady Diana bersama Putera William dan Putera Harry. - Kredit foto https://www.vanityfair.com/


Bagaimanapun, Harry dan Meghan juga dilaporkan sudah ada harta sepencarian berjumlah AS$44 juta.

Harry sudah memiliki AS$12 juta berupa pusaka mendiang ibunya, Lady Diana yang mati nahas di Paris ketika dia berusia 12 tahun dan 7 juta pound lagi daripada moyangnya, Ibu Ratu (Queen Mother), manakala Meghan pula bernilai AS$5 juta yang diperolehinya sepanjang tujuh tahun berlakon dalam drama TV, Suits.

Ada ura-ura Meghan mungkin ditawarkan untuk menghidupkan kembali watak Rachel Zane drama Suits. 

Dan mengikut paparan Instagram terbaru Meghan, dia kini mempunyai 11 juta pengikut dan ini saluran ini akan menjadi medan untuk mereka berkarya dan menjana sumber pendapatan. Meghan sudah pun mempunyai blognya Tig masa dia bujang.

Tahun lalu, Istana Kensington mengumumkan Harry bekerjasama dengan Oprah Winfrey untuk membuat dokumentari mengenai kesihatan mental untuk syarikat Apple dan disusuli dengan Neflix. 

Selain itu, Harry juga dilaporkan akan dibayar sebagai penceramah dan dengan tambahan kemahirannya ketenteraan menjadi aset terbaik baginya.

Apapun pembayar cukai British masih lagi bertelagah sama ada mereka perlu atau tidak, menanggung cukai 3 juta pound untuk membayar gaji pasukan pengawal pasangan berkenaan.

Keputusan Harry dan Meghan yang kemudian direstui Ratu Elizabeth II kerana baginda tahu mereka mahu membina keluarga kecil sebagai rakyat biasa di samping membahagikan masa di Kanada dan Britain. 

PUTERA William dan Kate Middleton di Pusat Khidmat Masyarakat di Bradford pada 16 Januari 2020. - Kredit foto https://royalcentral.co.uk/ KensingtonRoyal/Twitter 


Dan di sebalik kemelut 'kehilangan' adindanya,  Putera William dan isterinya, Kate Middleton kemudian tampil di khalayak semalam dengan penuh yakin walaupun jelas cuba menyembunyikan rasa sedihnya.

Anak sulung Pemangku Raja England, Putera Charles itu, William dan Kate bertemu penduduk di Bradford, menonjolkan dirinya dalam keadaan santai dan penuh yakin semacam memberitahu rakyat, kemelut keluarganya sudah selesai dan tetap optimis mengenai masa depan sistem beraja di negara itu.

Duke dan Duchess oleh Cambridge itu dilaporkan begitu selesa berbual-bual mesra dengan rakyat yang berbaris untuk bertemu mereka kerana pasangan diraja England satu-satunya dilihat seperti seleberiti negara. 

Mereka bertanya khabar,  bersalam mesra dan sesekali William melempar senyuman kepada orang ramai.

William juga tidak kekok memberikan sekuntum mawar putih kepada Kate, mempamerkan mereka diterima ramai.

Tiada rasa gusar yang dipamerkan, William dan Kate kemudian menghabiskan masa berdua-duan dengan minum susu kocak di Restoran MyLahore sambil membiarkan gambar mereka yang tersenyum riang dirakamkan oleh media.

Pemerhati kerabat diraja berpendapat pasangan itu sebenarnya sangat seronok dapat keluar istana dan bertemu orang ramai kerana sebelum ini William dikatakan dalam keadaan tertekan selepas bermesyuarat dengan nenda serta ayahandanya, Charles mengenai masa depan monarki itu yang kini terletak di bahunya.

Media negara itu juga tidak pasti apa yang menyebabkan hubungan dua putera raja itu renggang. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0

Copy Link: