‘Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’. Barangkali ini ungkapan yang tepat bagi menggambarkan segala jerih penat dilalui seorang usahawan wanita bernama Siti Mariam Ismail. Siapa sebenarnya Siti Mariam Ismail? : KitaReporters.com

Siti Mariam bersama produk suplemen yang mengubah hidupnya seratus peratus.


Beliau adalah pemilik syarikat Chanteq Sihat Trading yang mengasaskan produk kesihatan, Cmary Gluta Colla, yang bertujuan membantu yang sakit kembali sihat, ceria dan bahagia, di samping berkongsi rezeki dengan mereka.

Bertemu dengan usahawan berusia 42 tahun ini, terpancar semangat berkobar-kobar yang tertanam di dalam jiwanya apabila setiap lontaran kata-katanya bukan sahaja menceritakan kisah kejayaannya, namun terselit saat dukanya, disulami titisan air mata.

Cerita Siti Mariam, kisahnya bermula kala jatuh tergelincir ketika terpijak plastik mengakibatkan kakinya patah dan terpaksa bertongkat selama lima tahun sehingga perlu menjadi pemegang kad OKU (orang kurang upaya).

“Saya terpaksa menjalani pembedahan dua kali apabila urat terputus dan tulang rawan pula semakin terhakis sehingga doktor mengesyorkan ia diganti dengan besi. 

"Dan sepanjang tempoh itu apa yang boleh saya lakukan hanyalah berdoa sehinggalah saya mengenali produk ini melalui laman sosial media,” ujarnya sambil menunjukkan produk yang dimaksudkannya iaitu Cmary Gluta Colla.

Menurutnya, selepas mengamalkan pemakanan supleman tersebut, beliau berjaya berjalan tanpa tongkat dalam tempoh 3 bulan.

Hakikat itu menyebabkan Siti Mariam mengambil keputusan untuk mengaktifkan diri sebagai ejen jualan produk tersebut sehinggalah berjaya diiktirafkan sebagai stokis dalam masa setahun berbekalkan modal daripada bantuan rakan-rakan.

Menurutnya, duit daripada pinjaman rakan sebanyak RM350  ditambah dengan duit hasil kerja sambilan di butik menjadi modal permulaan baginya umtuk memperoleh 10 botol produk.

Dan berkat promosi yang dilakukan melalui mulut ke mulut, Siti Mariam berjaya meyakinkan ramai tentang kebaikan produk sehinggalah apabila mendapat wang pampasan dari SOCSO, beliau melaburkan RM10,000 untuk menjadi stokis pada tahun 2017.


Namun langit tidak selalunya cerah apabila berhadapan dengan pelbagai dugaan. 

Tidak mahu bercerita panjang, Siti Mariam berkata, “dalam tempoh kesukaran dan rasa ‘down’ sangat, saya sentiasa berdoa agar Tuhan memberikan saya kekuatan untuk bukan sahaja membantu diri sendiri tetapi juga membantu orang lain.”

Dalam perasaan sebak, Siti Mariam memberitahu, saat beliau kehabisan wang ringgit, Allah memberikannya petunjuk untuk melahirkan produk sendiri yang seumpama.

Tidak bermaksud mahu mengkhianati sesiapa, Siti Mariam terus bangkit dengan bantuan kewangan daripada rakannya yang menetap  di Singapura, di mana pada bulan Ogos 2018, lahirlah Cmary Gloto Colla yang diasaskannya sendiri.

Menambah baik daripada yang asalnya, Cmary diformulasikan dengan kandungan utama meliputi Glutathione serta kandungan protin ikan talapia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan garam mineral serta kolagen.

Sudah tentu dengan adanya produk buatan sendiri, Siti Mariam perlu bekerja dua kali ganda untuk mempromosikan kebaikan suplemannya itu. 

“Saya tidak mempunyai kepakaran dalam teknik pemasaran, yang ada pada diri saya hanyalah kemampuan bercakap jadi saya banyak melakukan penjualan secara konvensional. 

"Pantang bertemu orang saya akan bercerita panjang lebar mengenai kebaikan produk ini,” akui Siti yang pernah membuat jualan walaupun di dalam tandas ketika bertemu orang.


Sebagai isteri dan ibu kepada sepasang anak, Wan Nurqaisata Balqis, 11, dan Wan Muhamad Adeeb, 7,  sudah tentu masanya juga perlu dibahagikan antara tanggungjawab rumah tangga dan perniagaan apatah lagi perlu juga menjaga kedua-dua ibu bapa mertua yang uzur.

Namun berkat kesabaran dan sifatnya yang sanggup membantu walaupun diri sendiri tidak mampu, Allah membalasnya dengan seribu kali ganda apabila dalam tempoh lebih setahun sejak Cmary dipasarkan, beliau berjaya menjual kira-kira 7,000 botol.

“Sasaran saya sepanjang tempoh 2020 ini, Cmary mampu mengaut jualan mencapai RM3.4 juta,” Siti Mariam menaruh harapan.

Sehubungan itu, katanya, syarikat sedang memberi tumpuan ke arah pemasaran yang lebih efektik menggunakan sosial media sebagai platform jualan,

“Selain membangunkan website kami juga sedang dalam perancangan membina aplikasi Cmary supaya jualan boleh diperoleh di hujung jari,” tambah Siti Mariam sambil memberitahu, produknya itu kini sudah pun berada di dua buah farmasi iaitu Ideal Farmasi di Klang dan Olive Nine Farmasi di Subang Bestari.

Dalam pada itu, Siti Mariam turut bersyukur apabila produknya itu mendapat perhatian seorang doktor yang menjualnya di kliniknya malah telah diperkenalkan sehingga ke Australia dan Indonesia oleh doktor berkenaan.

Sebagai pelan pembangunan, Siti Mariam membuka peluang perniagaan kepada mana-mana pihak yang mahu menjadi ‘leader’ atau stokis negeri mahupun ejen.

“Setakat ini  saya mempunyai 10 ejen aktif dan harapan saya dapat menambahkan lagi bilangannya walaupun keseluruhannya saya sudah ada lebih kurang 80 ejen dan dua orang stokis,” ujar Siti yang turut ditemani suami tercinta, Wan Azli Abdul Ghani.

Siti Mariam Ismail bersama suami, Wan Azli Abdul Ghani.


Dengan tagline 'essence of youth' (esen awet muda) diyakini ramai yang tertarik memilikinya apatah lagi mampu membantu dalam menjadi diri lebih berdaya tahan terhadap pelbagai penyakit.

Siapa tak nak nampak muda sihat dan segar ya tak? Cubalah!

“Suami saya kini sudah berhenti kerja dan sekarang kami bersama-sama menjalankan bisnes ini,” tambah Siti mengalihkan pandangan kepada Wan Azli yang sama usianya.

Sebagai anak kelima daripada adik beradik seramai 10 orang, Siti Mariam mengakui hidupnya bukanlah lahir daripada keluarga senang.

“Kerana itu saya tidak mahu menyusahkan keluarga bahkan modal RM40,000 yang saya cari untuk membuka bisnes ini pun diperoleh daripada sumbangan dan bantuan kawan-kawan. 

"Alhamdullilah mereka yakin dengan kemampuan saya,” jelas Siti bersyukur mempunyai kawan yang boleh dibawa ketawa dan menangis bersama.

Kini, dengan pendapatan yang semakin bertambah, Siti Mariam tidak lupa dengan hasratnya untuk menghantar ibu bapanya sendiri mengerjakan umrah.

“Insya-Allah, pada bulan Mei ini saya harap dapat tunaikan kewajipan itu,“ tambah beliau.

Diri saya sendiri adalah testimoni terbaik... Dari seorang OKU yang patah kaki selama 5 tahun, kini sudah mampu berjalan tanpa tongkat. - Siti Mariam Ismail 


Dan sebagai menghargai pelanggan setianya, Siti Mariam memberitahu, setiap botol Cmary yang dijual pada harga biasa sebanyak RM150 bagi kandungan 35 biji akan ditawarkan pada harga RM219 untuk pembelian dua botol sehingga akhir Januari ini.

“Selain itu, saya juga tawarkan harga RM129 untuk pembelian satu botol sehingga diberitahu kelak,” cerita wanita besi bersemangat waja ini.

Sudah tentu, semangat dan air mata yang dicurahkan selama dua tahun ini tidak sia-sia bahkan ketabahannya melalui detik kesukaran walau pun pernah berdepan dengan  tiada sesen pun wang di dalam poket untuk berbelanja menjadi kekuatan untuknya terus berjuang.

Berkat  doa yang sering dipanjatkan setiap kali solat fardu mahu pun solat dhuha ternyata mendapat perhatian Allah.

Tidak mustahil harapan Siti Mariam untuk bergelar seorang jutawan berbekalkan produk tunggalnya itu tercapai, seiring dengan harapannya untuk membantu membina sebuah masyarakat yang sihat walafiat!

Sekiranya anda terpesona dengan produk Cmary dan mahu berganding bahu memajukannya sebagai ejen jualan atau stokis boleh menghubungi Siti Mariam melalui talian 011 10054053 atau layari laman Facebook dan Instagramnya untuk info lanjut di cmary_hq.

Anda boleh lihat sendiri testimoni-testimoni yang dipaparkan pengguna Cmary yang menggunakan suplemen tersebut kerana mengalami sakit lutut, gout, kolestrol mahupun sakit dalaman lain.

Sambil sihat dapat pula menjana pendapatan. Siapa tidak mahu kan?  

"Diri saya sendiri adalah testimoni terbaik. Dari seorang OKU yang patah kaki selama 5 tahun, kini sudah mampu berjalan tanpa tongkat, alhamdullillah," akhirnya bersyukur. - Kitareporters.com

10
2
1
0
0

Copy Link: