WASPADA!! JANGAN AMBIL MUDAH KULIT KUACI
Published bySEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari Bandar Putra Kulai, di Kulai, Johor terpaksa menahan kesakitan selama 18 jam akibat tercekik kulit kuaci. : KitaReporters.com
Kejadian pada pukul 8 malam minggu lalu itu disedari ibu mangsa, Zaliha Ahmad, 40, apabila melihat anak bongsu daripada lima beradik itu menangis sambil muntah di dalam bilik air.
Melihatkan Indah Qaisarah Mohd. Hariri yang sedang kesakitan secara tiba-tiba itu membuatkan Zaliha menjadi pelik.
Tambah panik apabila melihat di dalam sinki kesan muntah Indah Qaisarah hanya air liur dan darah.
Setelah ditanya apa yang dimakan anak kecil itu memberitahu dia memakan kuaci.
Tanpa berlengah dalam keadaan cemas bimbang keadaan bertambah teruk Zaliha segera membawa anak ke hospital berhampiran.
Sebaik tiba di hospital di Kulai doktor terpaksa memindahkan Indah Qaisarah yang menangis kesakitan itu ke sebuah hospital di Johor Bahru kerana imbasan x-ray tidak menemukan sebarang objek.
Selepas beberapa pemeriksaan dilakukan termasuk memasukkan kamera di hidung Indah Qaisarah baru doktor menemukan serpihan kulit kuaca terlekat di kerongkong kanak-kanak itu.
Doktor segera mengeluarkan serpihan itu dengan menasihatkan agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Jika serpihan itu gagal dikeluarkan segera, bimbang ia beralih ke paru-paru dan berkemungkinan berlaku pelbagai komplikasi.
Zaliha bersyukur apabila serpihan itu berjaya dikeluarkan dan trauma dengan kejadian tersebut.
Justeru, ibu bapa dan penjaga di luar sana dinasihat sentiasa memantau apa juga makanan yang diambil oleh kanak-kanak bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku. - KitaReporters.com
Zaliha Ahmad bersama anaknya, Indah Qaisarah Mohd. Hariri.