TERBAIKLAH TUANKU!! CIAPAN JAWI JADI IKUTAN
Published byUsaha Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memperkasakan tulisan jawi tidak seharusnya dipandang enteng. Malah, usaha murni Raja Permaisuri Agong untuk menggunakan tulisan jawi dalam ciapan Tuanku dalam Twitter nampaknya jadi ikutan dan kebanggaan. : KitaReporters.com
Seharusnya rakyat negara ini tanpa mengira kaum berbangga dengan usaha baginda dalam memartabatkan seni warisan bangsa itu.
Menggunakan platform media sosial menerusi Twitter peribadi baginda, usaha Tunku Azizah terus mendapat sokongan warganet tanpa mengira kaum.
"Mulai hari ini saya akan menulis dalam jawi dalam Twitter, memperkasakan tulisan jawi warisan kita."
Ciapan baginda sebelum berangkat menunaikan umrah pada Sabtu (28/12/2019) lalu terus menarik minat ramai untuk mempelajari tulisan jawi.
Apa yang mengkagumkan adalah rata-rata pengikut mula menukar papan kekunci di telefon bimbit masing-masing kepada tulisan jawi.
Malah menurut seorang pengikut Twitter baginda, dia sendiri teruja dan berbangga apabila dirinya masih mampu membaca tulisan jawi yang lama dipraktikkan selepas membaca ciapan Tunku Azizah.
"Rasa bangga pula baca tweet Raja Permaisuri Agong dalam tulisan jawi. Maknanya saya masih kenal huruf jawi lagi... Alhamdulilah".
Keterujaan masing-masing dalam kalangan warganet sesungguhnya menunjukkan tulisan jawi warisan bangsa itu mempunyai keunikkannya yang tersendiri.
Seperti titah Tunku Azizah sebelum ini bahawa semua bangsa boleh menguasainya dan tidak hanya pada seseorang Muslim.
"Menguasai semua bahasa dan tulisan adalah ilmu dan bukan sesuatu yang merugikan," titah baginda.
Seorang lagi pengikut Twitter baginda meninggalkan komen di ciapan tersebut dengan harapan tulisan jawi terus diaplikasikan dalam semua aspek.
"Terima kasih banyak-banyak Tuanku kerana menggunakan tulisan jawi. Saya bangga dan harap aplikasikan tulisan jawi kita ini dalam semua aspek." - KitaReporters.com