BAGI penyanyi terkenal di Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), pastinya peristiwa gembira dan duka dalam tempoh empat hari lalu tak mungkin dapat dilupakan selama-lamanya. : KitaReporters.com

Kredit foto: IG Ashraf Sinclair (@ashrafsinclair)


Pada hari Valentine Jumaat, 14 Februari 2020, BCL melancarkan klip video berjudul "Menghapus Jejakmu" di saluran YouTubenya. 

"Menghapus Jejakmu" adalah klip video lagu duetnya dengan Ariel Noah dan sudah ditonton lebih 4 juta kali dalam tempoh dua hari dimuatnaikkan.


Namun empat hari selepas itu, BCL menerima berita duka apabila suami tercinta Asraff Sinclair, 40, meninggal dunia secara mengejut.

Apa yang lebih mengejutnya Asraff kelihatan sihat dan mereka pulang dari New York pada malam Ahad, 16 Februari 2020 dan sempat makan bersama di luar sebelum pulang ke rumah di Pejaten Barat, Jakarta Selatan.

Difahamkan Asraf sempat mengemas kini akaun media sosial Instagramnya dan apabila BCL keluar dari bilik air didapati Asraf sudah tidak sedarkan diri. 

Lalu dia dibawa ke Hospital MMC, Jakarta Selatan. Ketika dirawat didapati nadinya sudah berhenti.

Kredit foto: IG Ashraf Sinclaire (@ashafsinclair)


BCL dan Asraff sempat bercuti ke New York, Amerika Syarikat. Mereka ke sana untuk menghadiri New York Fashion Week bagi koleksi busana Michael Kors.

Dalam akaun Instagram Ashraf, @ashrafsinclair, dia sempat memuat turun posting terakhirnya iaitu sebuah foto dirinya sedang berdiri di tengah jalan mengenakan pakaian putih, seluar hitam lengkap dengan jaket. 

Di belakang Ashtaf terdapat sebuah kereta dan asap putih yang bertebaran di udara. 

"Manhatten steam," tulis Ashraf.

Ashraf mengabadikan kenangan terakhir di New York. - Kredit foto: IG Ashraf Sinclaire (@ashafsinclair)


Sementara dalam akaun Instagram BCL, dia pula memuat naik foto mesra mereka ketika berada di New York.

Dalam foto itu, tampak Ashraf yang mengenakan jaket hitam memeluk BCL yang dibalut jaket kuning. Mereka berdua tersenyum lebar menggambarkan kebahagiaan antara mereka. 

"Times square New York. You and i," tulis BCL. 

Foto terakhir BCL dan Asraf di New York, Amerika Syarikat. - Kredit foto: IG Bunga Cinta Lestari (@bclsinclair)


Gambar kenangan Ashraf, BCL, anak, adik dan penyanyi Yuna. - Kredit foto: Kompas

Ashraf dan BCL berkahwin pada 2008 dan dikurnia seorang anak Noah Sinclair. 

Dalam posting yang dimuat naik 4 hari yang lalu, Ashraf  telah berkongsi sebuah rawatan yang digabungkan dengan rutin senamannya yang mampu membuatkan seseorang itu melakukan senaman bangun tubi (sit-up) sebanyak 20,000 dalam masa 30 minit.

Difahamkan rawatan tersebut adalah bagi mendapatkan bentuk perut yang ideal serta membuang lemak yang tidak diingini.


Ashraf yang nama lengkapnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, lahir di London, pada 18 September 1979. 

Dia mengambil keputusan bergiat dalam bidang seni di Indonesia sejak membintangi filem ‘Saus Kacang’ dan berkahwin dengan BCL pada tahun 2008. 

Ashraf masih mengekalkan taraf warga negaranya sebagai orang Malaysia. 

Dia merupakan abang kepada pelakon Aisyah Sinclair dan abang ipar penyanyi Yuna.

Kematian Ashraf mengejutkan sejumlah artis Indonesia kerana dia dikenali mengamalkan gaya hidup sihat termasuk sering beriadah di gym.

Ibu Ashraf, Khadijah Abdul Rahman dan sejumlah kerabat sudah berada di Jakarta selepas berlepas pagi tadi.

Jenazah Ashraf  dibawa ke rumahnya pagi tadi Selasa, 18 Februari 2020 dan BCL kelihatan menangis mengiringi jenazah dari van jenazah sampai di rumahnya.

Dalam papan tanda di luar rumah tertulis tulisan bahawa pengkubumian diadakan hari ini, Selasa, 18 Februari 2020 di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. - KitaReporters.com

Papan tanda di depan rumah yang menyatakan urusan pengebumian. - Kredit foto: Kompas

0
0
13
0
1

Copy Link: