[VIDEO] LAGI-LAGI PEMANDU MABUK.. MAMPUS!
Published byWALAUPUN anda memandu secara berhemah dan menggunakan tali pinggang keselamatan di dalam kereta, kemalangan tetap akan berlaku jika ada pemandu yang memandu dalam keadaan membahayakan seperti mabuk. : KitaReporters.com
Kes kemalangan yang disebabkan pemandu mabuk kini mencatatkan peningkatan di Malaysia sehingga menyebabkan rakyat Malaysia melancarkan satu petisyen mengharamkan penjualan arak.
Baru-baru ini tular satu lagi kes melibatkan pemandu mabuk. Kali ini pemandu mabuk melanggar ahli keluarga anggota bomba.
Video ini kini tular dalam media sosial memaparkan ahli bomba tersebut memarahi orang mabuk itu kerana merempuh kereta ahli keluarganya.
Semasa kejadian tegang, dia berjaya dikawal oleh orang awam yang turut membantu.
Apa yang paling menyedihkan, seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak mangsa dilihat menangis memanggil ibunya yang mengalami kecederaan di dalam kereta tersebut.
Dilihat kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, tetapi pasti meninggalkan trauma yang lama.
Rata-rata netizen yang melihat video ini memohon agar hukuman berat dikenakan kepada pemandu mabuk di luar sana kerana jumlah kemalangan semakin meningkat.
Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang 3 tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan denda sebanyak RM8,000 hingga RM20,000. - KitaReporters.com