AHLI TERMUDA PERSATUAN IQ TERTINGGI DUNIA
Published byJARANG sekali kita melihat kanak-kanak berusia 2 tahun mampu untuk membaca buku dengan sendirinya. Tetapi berbeza dengan seorang kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun ini. Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim yang mampu membaca buku sendiri seawal usia 2 tahun, menurut laporan Metro.Uk. : KitaReporters.com
KREDIT foto FB Nur Anira Asyikin
Bukan itu sahaja, Haryz berjaya mendapat keputusan IQ, 142 dan melayakkan beliau mendapat keahlian persatuan Stanford Binet.
Apa yang menariknya, Haryz akan membaca 2 buah buku setiap kali sebelum tidur.
Nur Anira Asyikin Hashim, ibu kanak-kanak ini sudah menyedari kelainan atau keistimewaan yang dimiliki anak mereka sejak umurnya 7 bulan lagi.
Ini kerana Haryz sudah mula mengeluarkan perkataan pertamanya pada ketika itu.
Anira dan suami, kedua-dua mereka dari Malaysia, mempunyai latar belakang kejuruteraan, tetapi tidak pernah menyangka anaknya bakal menunjukkan tanda-tanda kecerdasan otak atau genius pada usia semuda itu.
KREDIT foto FB Nur Anira Asyikin
Mereka sekeluarga kini menetap di Durham, United Kingdom sejak 2015 kerana mengikuti suaminya menyambung pengajian di sana.
Menurut ibunya lagi, kecerdasan anaknya mula dikesan oleh guru di sekolahnya yang memberitahu bahawa anaknya lebih laju membaca daripada kanak-kanak lain.
Sejak itu, pihak sekolah mencadangkan agar anak mereka dirujuk kepada pakar dan akhirnya Haryz mendapat tawaran kemasukan persatuan Mensa kerana mencapai IQ yang sangat luar biasa dalam ujian Stanford Binet.
Menurut ibunya lagi, anaknya adalah ahli termuda yang diterima masuk dalam persatuan tersebut. - KitaReporters.com
KREDIT foto FB Nur Anira Asyikin